IPOH 16 MEI: Tuan Haji Mohd Sabu yang diamanahkan sebagai perasmi kepada Muktamar PAS Kawasan Gopeng bagi tahun ini berjaya menjulang amanah itu dengan sebaik-baiknya.Mengapa saya kata begitu? Kerana biarpun sudah agak terlewat, namun beliau tetap juga menghadirkan diri biarpun terpaksa menempuh perjalanan yang jauh dan semata-mata merasmikan muktamar kami.
Beliau berada di Kangar, Perlis pada awal pagi kerana kematian bapa saudara kepada isterinya. Tetapi beliau tetap juga menjunjung amanah yang diberikan PAS Kawasan Gopeng dengan jayanya.


Sudah pastinya para perwakilan akan sentiasa mengingatipesanan yang diberikan oleh beliau agar pengukuhan parti
diutamakan dalam menyampaikan dakwah di dalam gerak
kerja seharian kita
Cuaca yang panas bakal bertambah panas bila bermuktamarnanti. Semuanya gara-gara kambing...makanan sunnah tu
Bang Mat ni memang sempoi betoi. Ucapannya tadi macam bersahaja saja tetapi penuh padat dengan nasihat dan kata-kata semangat.Sebab itulah beliau masih lagi menjadi penceramah yang mempunyai ranking yang tinggi dikalangan kawasan-kawasan Pas yang mahukan khidmatnya untuk membuat ceramah perdana. Penuh dah jadualnya tu...








No comments:
Post a Comment