Akhbar Sinar Harian telah membuat permohonan maaf secara terbuka dalam edisi Jumaat 21 Mei kelmarin di halaman PK2/Sentral. Selain itu pihak Sinar Harian juga menyiarkan dihalaman yang sama kenyataan rasmi dari Timbalan Pesusuhjya PAS Perak, Dr. Khairuddin bin Dato' Abdul malik yang juga moderator dalam dailog antara pimpinan PAS Perak dengan paderi kristian itu.Harapan saya perkara sebegini tidak akan berulang lagi di masa akan datang.
Kenyataan bertulis Pas Perak (seperti yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian)Pembetulan Laporan Akhbar Sinar Harian 20/05/2010:
Merujuk Laporan Akhbar Sinar Harian 20/5/2010 hari ini (semalam), saya ingin menyatakan kekesalan kerana beberapa fakta yang kurang tepat dan cara pemberitaan yang tidak profesional. Bahkan tajuk akhbar "Kristian Tolak Pas" (muka depan) dan Kristian tidak minat sertai Pas: Nizar" di halaman PK4 adalah tersasar daripada hakikat pertemuan yang berlaku dan tidak ada kenyataan seperti itu dilafazkan oleh DS Nizar semasa sidang akhbar tersebut.
Selaku moderator dialog tersebut dan salah seorang pimpinan Pas yang turut serta memberikan kenyataan akhbar saya ingin betulkan fakta-fakta berikut:
i/ Perjumpaan Pas Perak dengan pimpinan gereja-gereja seluruh Kinta adalah di atas jemputan Pas. Matlamatnya adalah untuk saling berkenalan dan memahami di antara satu sama lain.
ii/ Perjumpaan tersebut bukan untuk mengajak pimpinan gereja untuk menyatakan sokongan kepada pas. Sebagai satu entiti agama, pihak gereja adalah dilarang terlibat dalam politik kepartian. Namun pihak gereja menyatakan mereka bebas menyatakan sikap tentang isu-isu keagamaan dan isu-isu kepentingan rakyat atau negara.
iii/ Tidak pernah mana-mana pimpinan gereja yang berucap sama ada menyatakan sokong atau tolak Pas. Kenyataan yang mereka keluarkan hanyalah mereka rasa berbesar hati dan menyanjung keterbukaan Pas untuk bersemuka dengan mereka walaupun Pas berhadapan risiko.
iv/ Dalam sesi dialog pihak gereja meminta penjelasan Pas tentang isu-isu - peranan ulama dalam memberi fatwa, isu hak keluarga yang ditinggalkan oleh suami yang memeluk Islam, isu hak rakyat bukan Islam dalam hal-hal minuman keras dan hiburan serta isu kenapa hingga kini orang bukan Melayu masih dilabelkan sebagai pendatang. Isu penggunaan kalimah Allah disentuh secara ringkas sahaja. Akhirnya pihak pimpinan gereja memuji kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan yang mereka sebutkan sebagai ahli kepada semua rakyat dan memastikan amalan kebebasan agama berlaku dengan baik di Kelantan.
v/ Di pihak Pas, kami berusaha untuk menerangkan konsep-konsep utama dalam hubungan antara agama yang menjadi prinsip-prinsip Islam iaitu - tidak ada paksaan dalam kepercayaan, Islam adalah agama rasmi negara ini, hak rakyat untuk mengamalkan agama masing-masing, prinsip-prinsip keadilan islam dan prinsip Pas tidak menerima perjuangan berasaskan perkauman.
DR. HJ KHAIRUDDIN BIN DATO' ABD. MALIK
TIMBALAN PESURUHJAYA PAS PERAK
Sikap professional yang dipamerkan oleh sidang editor akhbar Sinar Harian dengan menyiarkan permohonan maaf mereka terhadap salah lapor perlu dipuji.
Namun begitu, perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku diperingkat awal jika pemberita melaporkan perkara yang sebenar dan tepat sebagaimana yang berlaku.
Setiap wartawan dan warga media (termasuk penulis blog) perlu sentiasa menanam kesedaran di dalam diri bahawa segala laporan dan tulisan mereka akan diperhitung dan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak.
1 comment:
Sinar harian masih tunduk kepada telunjuk KDN (BN) yang beri lesen. Elok di boikot saja harian ini. SAYA TIDAK HARAP MEREKA BOLEH BERLAKU ADIL. Kalau PR memerintah mereka akan beralih kiblat. Tiada prinsip, tidak boleh dipercayai.
Post a Comment