
Sempena cuti Hari Pekerja Sabtu lalu (1 Mei), saya dan keluarga berkunjung ke Sitiawan bagi memenuhi undangan perkahwinan saudara di sebelah bapa saya iaitu keluarga pengantin perempuan.
Apabila terlihat ramai jurugambar yang merakamkan hari bersejarah buat pasangan pengantin itu, teringat akan kamera yang berada di bonet belakang kereta. Apa lagi, terus mendapatkan kamera kerana tangan telah mula gatal-gatal untuk mengambil kesempatan mendapatkan paparan yang cantik buat pengunjung blog ini.
Semoga pasangan pengantin Ashraf dan juga Asyikin serta keluarga memaafkan saya kerana mengambil gambar tanpa dipelawa.
Terimalah seadanya...

Ketibaan para tetamu disambut tuan rumah

Tuan rumah dan juga bapa kepada pengantin perempuan

Ibu kepada pengantin perempuan yang biasa dipanggil Umi

Suasana dihadapan rumah pengantin

Lagi tetamu yang hadir

Tetamu dari Ipoh

Makanan yang disediakan memang sedap

Menikmati jamuan dengan selesa dibawah khemah

Opah ni dah habis makan dah...

Kumpulan kompang (rebana) yang menghiburkan

Dah makan ke belum ni...tension je nampaknya makcik kat hujung tu

Macam susah je dik ooi...berkerut-kerut muka tu

Mempelai di pelamin

Asyikin yang senantiasa ceria

Asyraf, pengantin lelaki yang masih malu-malu



Sanak saudara yang memenuhi ruang hadapan pelamin

Pose istimewa daripada Asyikin

Kegembiraan pasangan pengantin jelas terbayang

Bergambar bersama saudara terdekat

Tuan rumah yang sentiasa sporting melayan kehadiran tetamu yang ramai

Saya sekeluarga
No comments:
Post a Comment