Sunday, May 16, 2010

SPR kecut untuk umumkan DAP menang di Sibu



Kalau kita menonton gusti, apa yang paling kita menyampah sekali?

Sudah tentulah jawapannya apabila pengadilnya berat sebelah. Bila ahli gusti baik berjaya menekan ahli gusti jahat, pengadil ni buat-buat bersembang dengan orang luar le, buat-buat tak nampak le, buat-buat pengsan le. Tapi bila ahli gusti jahat yang menekan ahli gusti baik, pengadil ni akan melompat bagaikan silat gayung meluru untuk mengira. Satu, dua, tiga...laju-laju pulak tu.

Samalah keadaannya setiap kali apabila pilihanraya diadakan. Pengadil di dalam situasi ini sudah tentunya SPR.

Apa yang berlaku di Sibu amat jelas sekali dengan senario pengadil di dalam perlawanan gusti itu tadi.

DAP mendahului sejak awal-awal lagi di dalam pengiraan undi. Tetapi pelbagai helah yang dilakukan oleh SPR sehinggalah jumlah peratusan yang keluar mengundi juga diubah-ubah.

Keputusan rasmi akan kemenangan DAP juga diperlambat-lambatkan berbanding jika BN yang memenangi kerusi tersebut.

Sampai bila sistem pilihanraya yang menentukan masa depan kerajaan di Malaysia ini bertaraf dunia ketiga?

Perlukah SPR yang dilihat dan memperlihatkan diri mereka seakan satu badan tunggangan BN terus diberikan mandat untuk menguruskan perjalanan sistem pilihanraya di Malaysia?

Sepatutnya, sudah tiba masanya pengadil ini juga perlu dihumban keluar gelanggang sepertimana ahli-ahli gusti yang jahat itu.

Lain macam sikit kiasan ni....faham ke tak?

No comments:

Followers