Monday, May 3, 2010

Pengajian ilmu tasawuf kitab Minhajul Abidin

Surau Al-Ehsan, Taman Endah Jaya, Rapat Setia, Ipoh mengadakan majlis ilmu tasawuf dengan menggunakan kitab kuning Minhajul Abidin pada setiap hari Isnin selepas solat Maghrib.

Pengajian ilmu ini disampaikan oleh Ustaz Rosman Abd Aziz.

Semua muslimin dan muslimat dijemput bersama-sama untuk menimba ilmu tasawuf di surau ini pada setiap hari Isnin.

Kitab Minhajul Abidin ini juga ada disediakan untuk dibeli dengan harga RM5.00 (kitab jawi) dan RM35.00 (kitab rumi).

Marilah bersama-sama menimba ilmu untuk pengetahuan di dunia dan juga sebagai bekalan kita di SANA nanti.

Wassalam.

No comments:

Followers