Monday, May 31, 2010

PPD Hilir Perak alat tunggangan Umno di sekolah-sekolah

Dikala para guru ditekan, diugut dan ditukarkan kerana didakwa menyokong parti pembangkang, pihak yang menekan, mengugut dan mendakwa pula terbukti menjadi alat tunggangan Umno dalam berpolitik di sekolah.

Klik gambar di atas untuk melihat dengan lebih jelas lagi betapa PPD (Pejabat Pelajaran Daerah) Hilir Perak dengan bangganya membawa Umno untuk masuk ke dalam sekolah.

Siapa yang berpolitik di sekolah sekarang ini? Para gurukah ataupun PPD sendiri.

Kepada guru-guru yang diugut dan ditekan oleh mana-mana pegawai PPD, sila tunjukkan gambar diatas kepada mereka sebagai bukti bahawa merekalah yang sebenarnya menjadi alat tunggangan Umno selama ini dan berpolitik di sekolah.

Sumber gambar: blog Pas Bagan Datoh

Mereka yang selama ini kononnya berlagak seperti malaikat yang mempertahankan institusi pendidikan agar tidak dimasuki pengaruh politik dengan memberi amaran agar guru-guru tidak terlibat dengan parti politik (selain umno-apco), sebenarnya merekalah yang bergelumang dengan najis politik di sekolah-sekolah.

2 comments:

razman said...

Umno bahagian tapah mengadakan mesyuarat agung di sekolah menengah sains tapah jalan pahang pada 21 june diresmikan oleh zahid hamidi....

jnall said...

memang pun bang...kalau zahid hamidi ceramah pasal politik kat sekolah tu saye boleh terima lagilah, ini siap orang datang bertanyakan itu ini...ustaz kat sekolah saye pun nak kene soal siasat gak hari tu, xtaula sudah ke belum...memang komunis geng2 umno ni..takut kalah PRU13...

Followers