Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru, Cikgu-cikguku

Bersempena sambutan Hari Guru hari ini, saya ingin nyatakan rasa terima kasih dan juga penghargaan saya buat para guru yang pernah menginfakkan masa dan tenaga mereka untuk mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada saya sehinggalah kesannya apa yang terlihat kepada kehidupan harian saya pada hari ini.

Malah, saya juga hampir-hampir menjadi seorang guru, namun ditakdirkan perjalanan hidup saya bukan ke arah itu apabila saya gagal di dalam sesi temuramah (oral test) di Maktab Perguruan Ulu Kinta walaupun telah lulus ujian penulisan sebelum itu di Sekolah Menengah King Edward VII, Taiping pada tahun 1989. Jika takdir saya sebaliknya, pada hari ini saya adalah seorang guru Bahasa Inggeris.

Kenangan saya membesar bersama guru-guru, saya paparkan gambar-gambar kita disini dengan harapan jika para guru-guru saya ini melihat, kenangan tersebut bisa kembali dan ketahuilah bahawasanya anak muridmu ini kini juga seorang guru kepada isteri dan anak-anaknya.

SELAMAT HARI GURU, WAHAI GURU-GURUKU...

Sekolah Rendah Ashby Road (Sekolah Rendah Sri Kinta) 1977-1982


Bersama Cikgu Razalli


Bersama Cikgu Zanariah


Bersama Cikgu Lee


Cikgu Zamzuri (dibelakang) guru Sejarah saya yang kini
tinggal di Pekan Razaki, Ipoh

Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh (1986-1987)









Methodist High School (Upper Five) 1988




Semoga kesemua guru-guru saya ini sihat walafiat dan bergembira menuai segala apa yang disemai dan dicurahkan dengan penuh prihatin dan kasih sayang. Anak-anakmu yang jumlahnya tidak terhitung kini adalah manusia-manusia yang berjalan di bumi dengan tunjuk ajarmu dahulu.

Cikgu Mat, guru Geografi saya di SR Ashby Road dulu, kini merupakan seorang Pengerusi Surau di Jalan Pemimpin, Manjoi. Salam Cikgu. Jazahukhairan Khathira

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...