IPOH 30 MEI: Gotong royong untuk menghapuskan Aedes yang dilakukan oleh Dewan Pemuda PAS Perak telah memilih untuk Jalan Juara, Kg Manjoi sebagai lokasi aktiviti mereka pada hari ini.
Kebanyakan penduduk di situ terdiri daripada warga tua yang rata-ratanya begitu gembira dengan kedatangan kami, apatah lagi dengan pertolongan yang kami berikan seperti membersihkan longkang, membuang tong-tong kosong dan menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes dikawasan rumah mereka.
Risalah mengenai penjagaan kebersihan dan fakta mengenai nyamuk Aedes juga diedarkan kepada mereka. Abate (racun pembiakan nyamuk) turut dibekalkan kepada penghuni-penghuni rumah disana.

Gembira sungguh warga emas ini apabila diberi perhatian
oleh Pemuda Pas Perak

Longkang-longkang di sini kebanyakannya
telah tersumbat dan tersekat

Unit Amal juga turut membantu menghapuskan tempat
takungan air

Botol-botol kosong perlu dibuang agar tiada air yang bertakung
di dalamnya dan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes

Rumah pakcik ini memang sudah sedia bersih, namun beliau
tetap gembira dengan kunjungan kami hari ini

Makcik yang diberikan penerangan mengenai kebersihan
kawasan rumah dan bahayanya pembiakan nyamuk Aedes
serta dibekalkan dengan racun Abate

Melakukan amal dengan senyuman

Sampah dibuang ke dalam parit yang menyebabkan air
tersekat daripada mengalir

Longkang tersumbat menakung air yang
menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes

Banyak longgokan sampah yang menghalang air
longkang daripada mengalir

Exco Pemuda Pas Negeri juga turut sama
membanting tulang menjalankan aktiviti
gotong royong hari ini

Kesemua sampah dan tempat-tempat takungan air dibersihkan
Ustaz Akmal membersihkan timbunan kayu dan daun-daun
pisang yang berselerakan

Hasil kerja pemuda-pemuda PAS hari ini
yang membersihkan Jalan Juara, Kg Manjoi
daripada menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes

Berjalan pulang dengan hati yang senang. Amal bakti tercurah
hari ini semoga diberkati Allah

Bergambar kenangan dilokasi gotong royong

Pulang ke tempat berhimpun

Segala laporan kegiatan dicatat sebagai rekod
Anda telah lihat kesemua gambar-gambar aktiviti gotong-royong tadi? Apakah kesimpulan yang terselindung disebaliknya?Jawapannya: Nampak sangat MBI tidak melakukan tugas mereka. Untuk apa penduduk Manjoi membayar cukai taksiran setiap tahun jika perkhidmatan yang diberikan tidak seperti yang diharapkan.
No comments:
Post a Comment