Satu perjumpaan antara peniaga-peniaga Pasar Gunung Rapat Ipoh dengan Dato Bandar, Dato Roshidi Hashim telah diadakan pada 30 April , jam 3.00 petang , bertempat di Dewan Orang Ramai, Gunung Rapat Ipoh.
Turut bersama Roshidi (kiri) ialah Setiausaha Bandaraya, Dato Rahim Mohd Arif (kanan) dan beberapa Kaunseler Majlis Bandaraya Ipoh.
Perjumpaan tersebut adalah untuk mencari jalan penyelesaian terhadap satu cadangan pihak Bandaraya Ipoh untuk ‘roboh dan bina’ Pasar Gunung Rapat yang mendapat bantahan para peniaga di situ.
YB Chan Ming Kai dan YB Dr Lee Boon Chye
Perjumpaan tersebut turut dihadiri bersama oleh Ahli Parlimen Gopeng YB Dr Lee Boon Chye , ADUN Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai, Setiausaha Perhubungan PAS Perak, Tn Haji Rahim Mohd Arif dan para penduduk tempatan telah berlangsung dengan rasa harmonis dan bersifat tolak ansur.
Roshidi dalam pembentangan cadangan projek tersebut telah menawarkan 3 alternatif kepada para peniaga yang terlibat. Beliau juga turut menyatakan bahawa ruang petak perniagaan adalah lebih besar dari apa yang ada sekarang.
Beliau turut menyatakan bahawa projek meroboh dan membina Pasar Gunung Rapat ini adalah bagi tujuan menaik taraf pasar tersebut dengan pembangunan yang berlaku di bahagian hadapan dengan merujuk kepada Hotel Hill City, Old Town Coffee Tiam dan KFC.
“Gunung Rapat merupakan pintu masuk bagi bandar Ipoh di utara Malaysia dan perlu diceriakan dari segi pelancungan,” katanya.
“Jadi itulah yang saya boleh bantu, kalau tidak boleh bantu juga , duit RM 3 juta itu akan balik ke Kuala Lumpur ,” kata Rashidi yang disambut dengan laungan dan sorakan gembira 156 peniaga yang membantah projek ‘roboh dan bina’ pasar tersebut.
peruntukan RM3 Juta akan balik semula ke KL...
Ketika ini, Roshidi kelihatan cuba mengawal emosinya dengan berkata, “Tak apa…tak apa… sat lagi nak bercakap, cakap – saya bagi peluang ; tak payah ber… apa nama , huh! hah! huh! hah! Saya datang kesini bukan nak berkelahi, tapi untuk menyelesaikan masalah cara ‘menang-menang’ , saya manusia…. Saya tidak mahu kita berkelahi, tak mau, tak mau…. Di hari Jumaat, sebagai orang Islam; Okey?” katanya.
Roshidi turut menyatakan bahawa keadaan Pasar Gunung Rapat dalam keadaan yang sangat dhaif dan beliau sendiri pernah datang kesitu untuk mencuci longkang yang begitu kotor.
“Saya datang membersihkan longkang , menunjukan betapa sayangnya saya kepada market ini; mana ada Dato Bandar macam ini….bukanlah nak takbur,” kata Roshidi yang datang hanya sekali sahaja melakukan kerja tersebut di situ.
Seterusnya beliau tidak dapat mengawal rasa emosinya dengan rasa sebak dan linangan air mata, beliau merayu para peniaga supaya membantu dan menolongnya :
“Kalau sayang kepada saya yang telah berkhidmat untuk dua kerajaan, bantulah saya, tolonglah saya; apa yang kita buat ini adalah lebih baik,” katanya.
sumber: alhusseyn
No comments:
Post a Comment