JUCTICE For Aminulrasyid.
1. Kami bukan mempolitikkan isu ini tetapi tugas kami sebagai ahli politik untuk membela masyarakat tertindas dan membantah sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa . Ketua Polis Selangor kata ahli politik jangan campur ! ini kenyataan yang tidak betul ! Jika kes seperti ini tidak ditangani oleh orang politik , jangan harap kes ini akan diberi perhatian serius . Tengok sahaja apa yang berlaku sekarang , Polis yang menembak Aminurrasyid hanya ditukar kerja bukan digantung tugas . Bagaimana kalau yang menembak itu orang biasa , saya yakin orang itu akan terperosok dalam penjara menanti tarikh pembicaraan .

2. Kita bukan menentang PDRM malah sangat memahami keperntingan serta keperluan PDRM bagi mengjaga dan mengawal keselamatan negara dan rakyat . Apa yang kita tentang ialah penyalahgunaan kuasa atau tindakan yang tidak menepati undang - undang dan peraturan . Hanya beberapa anggota Polis yang terlibat , bukan semua maka
Ketua Polis Negara tidaklah perlu menggelabah . Jika benar ia tetap benar namun jika salah maka perlu diambil tindakan .

3. Pemuda PAKATAN Rakyat mendesak supaya satu Suruhanjaya Penyiasat yang bebas seperti SUHAKAM atau Suruhanjaya diRaja segera dibentuk untuk menyiasat kes ini . Bukan kita tidak percaya kepada Polis tetapi
tidak wajar polis siasat polis .

3. Segala tuduhan awal yang telah dilemparkan kepada Allahyarham Aminurrasyid wajar malah mesti ditarik balik kerana ia memburukkan nama baik keluarga dan merosakkan reputasi mereka .
Allayarham tidak memiliki rekod jenayah malah diberitahu oleh saksi bahawa mereka bukan pulang dari menyamun tetapi hanya pulang dari keluar bersama kawan - kawannya .
4. Kami akui , pelajar remaja seperti Allahyarham sewajarnya tidak dibiarkan berkeliaran diwaktu lewat malam pula memandu tanpa lesen oleh kedua ibubapanya tetapi apakah kesalahan - kesalahan itu mesti dihukum tembak sampai mati ?
Posted by Nasrudin Hassan at Tantawi
No comments:
Post a Comment