Semasa menjalankan gotong royong di Jalan Juara, Kg Manjoi terlihat begitu banyak rumah-rumah yang terbiar begitu saja dimakan arus zaman dan keadaan.
Rumah-rumah ini bukan sahaja mengganggu mata memandang tetapi juga mengundang pelbagai masalah seperti kebersihan dan keselamatan jiran sekeliling.
Wakil penduduk di sini disarankan agar berbuat sesuatu supaya rumah-rumah ini tidak dibiarkan terbiar tanpa pembersihan kerana dikhuatiri bakal mengundang bahaya kepada penduduk di situ.
Lihat sahaja gambar-gambar rumah yang usang dan kotor terbiar yang diambil siang tadi.
Masalah pungutan sampah
Di sini juga mungkin mengalami masalah pungutan sampah yang tidak mengikut jadual apabila terlihat banyak sampah-sampah yang digantung dipokok-pokok dan tiang-tiang elektrik.
Bagaikan telah disediakan tempat khas untuk menggantungkan sampah di situ kerana khuatir sampah-sampah ini akan dipunggah oleh binatang jika tidak diambil sepertimana selalu.
Rumah-rumah ini mungkin ditinggalkan oleh pewaris kepada pemilik asal yang telah tiada.
Jika sudah tidak mahu, jualkan saja ataupun wakafkan untuk rumah orang-orang miskin, tua ataupun anak yatim.
No comments:
Post a Comment