IPOH 30 MEI: Dewan Pemuda Pas Perak dengan kerjasama daripada Dewan Pemuda Pas Tambun melangsungkan Pelancaran Gotong Royong Menghapuskan Aedes di Manjoi, Ipoh pagi tadi.Turut sama memeriahkan kegiatan hari ini adalah Dewan-dewan Pemuda Kawasan seluruh negeri Perak.
Program gotong royong ini dijalankan serentak bersama-sama dengan program PAS For All yang turut berlangsung di Chemor.
Pelancaran program oleh Ketua Pemuda PAS Perak, Ust Zawawi Hassan telah disaksikan bersama oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Tuan Guru Haji Abu Bakar Hussin.
Program seperti ini akan berterusan ke kawasan-kawasan yanglain mengikut jadual yang telah disusun oleh Dewan Pemuda Negeri
Pengerusi dan penyelaras program, Sdr Zairulyang telah bersedia lengkap dengan pakaian ala-ala
pekerja MBI
Aktiviti yang sihat lagi menyihatkan ini patut kerap diadakan sebagai tanda bukti keperihatinan Pemuda Pas terhadap masyarakat setempat.Tahniah kepada Dewan Pemuda Pas Tambun sebagai tuan rumah.








No comments:
Post a Comment