IPOH 8 MEI: Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang sempat singgah memenuhi jemputan majlis perkahwinan anak perempuan Tuan Haji Abd Rahim Md Arif, Bendahari PAS Perak di Dewan Cempaka Sari, Silveritage Galleria, Medan Gopeng, Ipoh tengahari tadi.Beliau yang tiba jam 11.30 pagi itu diiringi bersama oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Tuan Guru Haji Abu Bakar Hussin serta YDP PAS Lenggong, Haji Razman dan beberapa pimpinan yang lain.
Beliau yang baru selesai merasmikan Seminar Perundangan di sebuah hotel di Ipoh dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.
Sungguhpun kunjungan Tuan Guru Haji Hadi hanya sekadar memenuhi jemputan perkahwinan dan dalam kadar yang singkat, namun begitu ianya amat bermakna buat Tuan Haji Abd Rahim sekeluarga selaku tuan rumah, begitu juga dengan pimpinan dan ahli PAS yang berpeluang bertemu dan beramah mesra bersama Tuan Presiden pada hari ini.
Saya yang berpeluang dijemput oleh Tuan Haji Abd Rahim dan tiba sedikit lewat (kerana urusan keluarga) sempat merakamkan suasana bersama Tuan Guru Haji Hadi Awang dan juga pimpinan yang lain di majlis ini.
Tuan rumah majlis perkahwinan, Tuan Haji Abd Rahimmelayani tetamu istimewa, Tuan Guru Haji Hadi Awang
Dua sahabat lama sedang bertukar-tukar pandangan,Tuan Guru Haji Abu Bakar Husin dan Ustaz Zulkifli Abu
Bagaikan seorang ayah sedang memberikan nasihat kepadaanak lagaknya. YB Khalil lebih mesra memanggil Tuan Guru
Haji Hadi dengan panggilan 'Ayah Chik'














No comments:
Post a Comment