Sunday, May 2, 2010

Isu Pasar: Dato Bandar perlu buat perbandingaan

Kelihatan bumbung pasar yang masih baru

Dato Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim semasa pertemuannya dengan para peniaga Pasar Gunung Rapat Jumaat lalu, ada menyatakan bahawa keadaan pasar tersebut berada di dalam keadaan yang sangat dhaif hanya kerana beliau pernah datang ke sana sekali dan mencuci longkang pasar tersebut. Dan itulah juga sebabnya beliau beriya-iya ingin merobohkan pasar tersebut dengan menggantikan sebuah pasar yang baru.

Kenyataannya itu sepatutnya berlandaskan fakta sepertimana yang dipaparkan di SINI kerana gambar biasanya tidak menipu. Seperti juga gambar yang di atas dan di bawah ini. Bumbung atas pasar Gunung Rapat ini masih baru dan serombong angin yang dipasangkan padanya itu juga masih lagi berkilat.

Serombong angin yang ternyata masih baru

Berbanding dengan keadaan pasar-pasar lain di dalam kawal selia pihak MBI yang dipaparkan di bawah ini, (sekali lagi ingin dinyatakan bahawa gambar tidak akan menipu) keadaan pasar Gunung Rapat tidaklah sedhaif dan amat terdesak untuk dirobohkan dan digantikan dengan yang baru dalam waktu yang terdekat ini.

Cara penyelesaian yang didakwa Dato Bandar sebagai 'menang-menang' itu pula sebenarnya amat-amat disokong oleh para peniaga pasar Gunung Rapat. Tujuan mereka adalah untuk menyelamatkan masa depan perniagaan mereka dan juga wang rakyat sebanyak RM6 juta yang diperuntukkan itu. Sebab itulah mereka membantah pasar mereka dirobohkan dan sebaliknya hanya mahukan ianya dibaikpulih sahaja. Bukankah 'menang-menang' namanya.

Mari kita tinjau keadaan pasar-pasar yang juga di dalam senarai peruntukan untuk dibaiki oleh pihak MBI.

Pasar Pasir Puteh

Keadaan Pasar Pasir Puteh rasanya lebih teruk, kritikal dan amat-amat memerlukan pemulihan dan pembaikan jika dibandingkan dengan Pasar Gunung Rapat.

Mengapa? Mari kita tinjau...

Keadaan yang dhaif ini bisa terpandang oleh setiap orang
yang melalui jalan disekitar pasar ini

Tidak seperti sebuah pasar

Bumbung yang begitu rendah, hanya sejengkal dari kepala

Bangunan yang telah rosak akibat pokok besar yang tumbuh
di dalam pasar

Siling yang usang

Pokok besar menghalang laluan pintu masuk

Tempat jualan ayam yang kotor dan reput

Atap-atap bertindihkan batu-bata

Binaan besi yang karat dan kotor

Kedudukan pasar yang hanya bersebelahan dengan jalan besar
dan utama

Pasar Pasir Pinji

Keadaan Pasar Pasir Pinji juga tidak kurang dhaifnya. Mari kta lihat...

Bumbung yang juga rendah

Saliran air yang menyedihkan

Meja jualan yang sudah usang

Longkang yang pecah dan tersumbat

Lantai yang berlubang

Ayam untuk jualan manakala tikus-tikus untuk...hiasan?

Dinding yang retak menanti masa untuk rebah

Gambar-gambar yang dipaparkan dibawah ini pula adalah mengenai pasar-pasar yang baru tetapi telah tersalah perancangan oleh pihak MBI.

Para peniaga Pasar Gunung Rapat bimbang perkara-perkara yang sebegini akan berulang ditempat mereka sekiranya perancangan untuk meroboh dan membina pasar baru nanti berakhir dengan trajedi yang serupa.

Pasar Bercham

Pasar Bercham yang dibina dua tingkat tetapi masih tidak dapat menampung jumlah peniaga yang ramai. Ini memaksa mereka untuk berniaga di luar pasar dengan hanya menggunakan meja buatan sendiri dan payung untuk berteduh.

Walaupun mempunyai dua tingkat namun pasar ini tidak dapat ditadbir dengan perancangan yang baik sehinggakan ramai peniaga yang menjadi mangsa apabila terpaksa berniaga di luar pasar.

Ramai yang berniaga di luar

Meja kayu dan payung berselerakan di luar pasar

Setiap sudut dipenuhi meja peniaga

Perancangan yang sebegini perlu diteliti semula

Pasar Chemor

Di Pasar Chemor pula, ruang tapak yang kecil tetapi dibina dengan dua tingkat perniagaan. Akibatnya, tingkat atas terbiar kosong tanpa sesiapa pun yang berniaga kerana keadaan tangga yang tinggi untuk orang awam terutamanya warga emas menaiki ke sana.

Akhirnya, peniaga-peniaga di tingkat atas memilih untuk meneruskan perniagaan mereka di tapak lama yang tidak jauh daripada lokasi pasar baru yang ada sekarang.

Sampai hati MBI membiarkan bendera Malaysia digantung terbalik

Pasar baru yang mempunyai dua tingkat

Banyaknya tangga yang makcik pakcik perlu panjat

Ruang perniagaan daging di tingkat bawah

Tangga dari tingkat bawah untuk ke tingkat atas

Tiada perniagaan yang di jalankan di tingkat atas. Semuanya tutup

Pembaziran yang jelas nyata

Baik-baik turun tangga tu, nanti tersembam ke bawah. Tinggi tu...

Peniaga-peniaga tingkat atas yang kembali ke tapak lama

Lebih mudah dan mesra pelanggang. Tak perlu mendaki tangga yang tinggi

Masih berguna selagi tegak berdiri

Pemandangan yang diambil dari pasar baru

Semoga dengan paparan bukti-bukti bergambar ini, dapatlah kiranya Dato Bandar dan MBI kembali ke dunia nyata lagi rasional untuk menilai semula projek mega bernilai RM6 juta bagi meroboh dan membina pasar baru di Gunung Rapat ini.

Biarlah tamatnya tempoh perkhidmatan Dato Bandar pada bulan Ogos(?) nanti sebagai seorang juara yang mempertahankan kepentingan para peniaga pasar Gunung Rapat ini dan bukannya bergaya dengan 'pencen mega' melalui projek sebesar RM6 juta.

No comments:

Followers