Friday, May 21, 2010

Judi haram vs judi halal

PDRM Akan Perangi Habis-Habisan Judi Piala Dunia

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memerangi habis-habisan mereka yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan menjalankan perjudian haram membabitkan wang pertaruhan sempena Piala Dunia yang akan berlangsung awal bulan depan di Afrika Selatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, pasukan khas akan memantau kegiatan seumpama itu.

"Memang sudah ada pasukan khas ini...cuma kejayaan atau kes yang dilaporkan tidak akan didedahkan kepada media supaya tidak menganggu siasatan kerana ianya berterusan.

"Sememangnya setiap kali Piala Dunia kita akan gerakkan anggota untuk mengesan mereka," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam.

Katanya, PDRM telah mengesan suspek dan lokasi perjudian, namun beliau enggan mengulas lanjut.

Beliau berkata, walaupun kerajaan telah mengeluarkan lesen bagi membenarkan judi secara sah dilakukan, namun Bakri berkata pasti akan ada sindiket-sindiket yang masih berdegil dengan menganjurkan pertaruhan tidak sah bagi mengaut keuntungan.

"Mereka yang didapati bersalah ini sama ada pemain atau penganjur akan dibawa ke muka pengadilan," katanya yang enggan mendedahkan jumlah mereka yang pernah ditahan selama ini.

Beliau berkata, modus operandi bagi pertaruhan Piala Dunia ialah mereka akan mencari jaringan perjudian sama ada melalui rakan-rakan mereka atau laman web yang menawarkan akses kepada mereka untuk berjudi.

Menurutnya, keputusan sesuatu perlawanan akan menentukan nasib pertaruhan mereka sama ada berjaya atau sebaliknya dan mereka akan kembali bertaruh untuk perlawanan seterusnya sehinggalah tamat Piala Dunia.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung sebelum ini dilaporkan sebagai berkata bahawa Kementerian Kewangan telah memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan judi bola sepak pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010. - BERNAMA

Al-Quran mana yang mngatakan bahawa judi itu menjadi halal apabila dilesenkan? Judi tetap judi dan ianya tetap HARAM biarpun berlesen. Perkara ini amat serius kerana ianya boleh memesongkan akidah umat Islam di negara ini. Mari kita sama-sama membantahnya. Dan sayang sekali apabila pihak polis yang menggunakan kalimah Allah dan Muhammad sebagai logo yang dipakai di topi mereka juga turut sama memastikan yang judi boleh dihalalkan hanya dengan lesen.

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...