IPOH 8 MEI: Dewan Cempaka Sari, Silveritage Galleria, Medan Gopeng, Ipoh tengahari ini menerima kunjungan tetamu yang ramai untuk majlis perkahwinan diantara Firdaus dan Adib Amri.Firdaus merupakan anak ketiga bagi pasangan Haji Abd Rahim Mat Ariff (Bendahari PAS Perak) dan Hajjah Siti Halijah. Manakala Adib Amri Bin Albakry dan rombongannya berkunjung daripada Kuantan, Pahang.
Seperti biasa, saya bersama keluarga yang memenuhi jemputan Tuan Haji Rahim tengahari ini meneruskan siri 'gatal tangan' saya untuk mengambil gambar majlis perkahwinan tersebut walaupun tanpa diminta.
Semuanya untuk anda pengunjung blog yang setia. Diharap pihak keluarga pengantin perempuan dapat berkongsi bersama detik-detik manis lagi bersejarah ini yang sempat lensa kamera saya rakamkan.
Ketibaan pengantin
Saya sekeluarga tiba serentak bersama rombongan pengantin. Inilah hasilnya...
Di meja santapan utama

Pengantin melayan tetamu daripada keluarga IndiaAntara tetamu yang hadir
Pasti ada yang terkilan kerana tiada gambar mereka di dalam ruangan ini walaupun hadir sama tengahari tadi.
Saya minta maaf banyak-banyak sebab: 1) saya bukannya jurufoto rasmi majlis ini 2) terlalu ramai yang terpaksa saya layan bersembang sehingga tidak dapat untuk mengambil sebanyak gambar yang boleh
Yang mana gambar mereka terpampang di sini merupakan yang bertuah hari ini. Tapi sayang, tiada hadiah yang ditawarkan sepertimana yang biasa dilakukan oleh akhbar Sinar Harian.

Group daripada Pas Batu Gajah manakala dibelakang sanakelihatan YB Chan Ming Kai dan group Keadilan Gopengnya
Keluarga saya (kiri) bersama Setiausaha Sekretariat WanitaPakatan Rakyat Perak, Hajah Mazidah dan anak-anak
Tuan Haji Abd Rahim Md Ariff amat berbesar hati dengankunjungan para tetamu ke majlis perkahwinan anaknya

No comments:
Post a Comment