Wednesday, May 26, 2010

Pemuda PAS edar risalah di premis judi seluruh negara

Mulai esok, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan menempatkan anggotanya di depan premis judi di seluruh negara untuk mengedarkan risalah membantah judi bola kepada para pengunjungnya.

Ketuanya, Nasarudin Hassan berkata, mereka akan ditugaskan mengedar risalah itu sehinggalah lesen judi bola dibatalkan.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, anggota DPPP akan melakukan tugas itu secara bergilir-gilir mengikut sifnya.

Pemuda PAS juga, katanya, menjemput semua insan yang prihatin yang anti-judi, termasuk bukan Islam, untuk membantu mengedarkan risalah tersebut.

Katanya, ini kerana judi diharamkan oleh semua agama.

Menurutnya lagi, risalah tersebut akan diedarkan sepanjang waktu operasi premis terbabit, serta bergantung kepada kemampuan sif petugas.

Pemberian lesen judi bola sepak baru-baru ini mendapat tentangan hebat daripada Pakatan Rakyat serta masyarakat Islam dan bukan Islam.

Nasruddin sebelum ini telah mengarahkan dewan Pemuda PAS negeri mengadakan demontrasi membantah pemberian lesen judi itu.

Jumaat lalu, demontasi membantah lesen judi itu diadakan serentak oleh lima negeri - Selangor, Perak, Pulau Pinang, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Manakala Jumaat ini, demonstrasi bantahan yang sama akan diadakan di Kedah, Perlis, Kelantan, Pahang dan Selangor.

-malaysiakini

Nanti janganlah pulak ada yang gatal tangan ambil gambar pemuda PAS dihadapan premis judi lalu hebahkan difacebook dengan mengatakan pemuda tersebut berjudi.
Syabas, pemuda PAS. Satu lagi usaha murni membantah lesen judi bola.

5 comments:

Anonymous said...

JUDI BOLA JADI HARAM SUPAYA DAP DAPAT BUSSINESS. KALAU ada LESEN VINCENT TAN SORANG yang pulun. camne DAP nak cari duit pilihanraya ke 13 nanti. yang pelik dap guna pas dan tantawi untuk berdemo. umno gelak je

Anonymous said...

Bagus tu secara dasarnya ingatkan orang tentang judi, tapi yang bongoknya Pemuda PAS yang telurnya kena jerut dek DAP, kenapa tak buka mulut lesen judi kat Selangor makin berleluasa ? Belum lagi rumah urut.

Yang diharamkan judi bola, 4D, magnum, toto..halal ? Bodohnya budak PAS..

Tantawi ni orang bukan tak tau, kononya dia macam Salahudin AlAyubi..tapi rupanya gegor aje bukan kemain..Orang kawin dua pun jadi isu dalam kempen p.raya,...

Anonymous said...

kenyataan yang bodoh bangan dari pencacai....
saper pegang kuasa kerajaan pusat skrg?
kalau nak haram kan terus judi dan arak! Ketua menteri P.Pinang haramkan judi bola...
Tapi ....
Ketua Menteri Melaka, Sabah dan Sarawak...
Menteri Besar Perak, Pahang, N.Sembilan, Perlis, Terengganu, Johor tidak haramkan...

pergi tarbiah awang adek dan pemimpin UMNO melayu yang mengaku islam dulu. umno yg lulus lesen judi. kenapa PAS nk dipersalahkan

UMNO MUNAFIK

fizi

Anonymous said...

satu contoh penyokong pas yang dungu-FIZI kalau kerajaan pusat bagi lesen, kelulusan premis oleh kerajaan negeri. batal lesen premis lesen judi tak laku. kata pas lebih islamik dari umno.. tak kan umno buat pas pun nak buat.tak logik langsung.

Anonymous said...

gua harap lu orang pas jangan bantah semua jenis judi, apamacam DAP mahu bikin bussiness lo. itu arak sama spa lu pun mau bantah. lu mau makan kawanka apa gua mau bussiness. judi bola sepak cukup ma! sebab itu judi BN mau bagi sama berjaya group satu orang je, apa DAP tak boleh dapat itu judi bola bussiness ka? kasi demo lebih sikit a.itu tantawi jangan banyak tidur kasi demo banyak sikit. tolong sama dap.nanti itu judi bola tak de lasen dap boleh bussiness cara haram. dapat duit banyak boleh sponsor sama pas. tolong kawan ma, bukan tak de biasa punya, itu najib ingat dia pandai ka , dap lagi pandai ma.

Followers