Friday, May 21, 2010

Laungan membantah lesen judi bolasepak bergema di Ipoh walau diganggu polis

IPOH 21 MEI: Himpunan aman bagi membantah lesen judi bolasepak Piala Dunia yang dikeluarkan oleh kerajaan kepada Berjaya Group berjaya menghimpunkan lebih 300 muslimin yang prihatin di perkarangan Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri) selepas solat Jumaat tengahari tadi.

Himpunan anjuran Dewan Pemuda Pas Perak ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada parti Pakatan Rakyat dan juga beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Beberapa pimpinan telah memberikan ucapan. Mereka adalah Timbalan Pengerusi PKR Perak, YB Dr Lee Boon Chye, Ketua Pemuda PAS Perak, Ust Zawawi Hassan, Ketua Angkatan Muda PKR Perak, YB Abdul Yunus Jamhari, dan YDP ABIM Perak, Haji Suhaimi Latip.

Turut kelihatan hadir ialah Ustaz Nor Azli Musa, YB Chang Lih Kang dan YB Chan Ming Kai.

Tiada seorang pun wakil daripada Pemuda Umno Perak yang kelihatan walaupun telah dijemput oleh pihak penganjur.

Suasana sedikit tegang apabila pihak polis cuba untuk memberhentikan ucapan pimpinan. Orang ramai menyuarakan rasa tidak senang mereka dengan perbuatan polis yang mengganggu himpunan aman hari ini.

Walaupun rasa terganggu, ucapan tetap diteruskan dan laungan bersemangat yang bergema diperkarangan masjid tersebut cukup menggambarkan betapa rakyat di Ipoh membantah dan juga menentang pemberian lesen judi bolasepak oleh kerajaan yang seakan-akan mempermain-mainkan hukum Allah dengan persepsi bahawa judi itu halal jika ianya berlesen.

Himpunan bantahan hari ini menjadi lebih bermakna lagi apabila YB Dr Lee Boon Chye yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuka ucapannya dengan menyatakan bahawa ketegasan masyarakat Cina dalam menolak judi. Malah, bukan sahaja kaum Cina daripada PKR, DAP tetapi juga MCA dan Gerakan.

Kerajaan BN pimpinan Najib perlu mendengar laungan keramat rakyat yang membantah lesen judi bolasepak tengahari ini demi memartabatkan status Negara Islam diperdendangkan keserata dunia.

Pelajarilah daripada ayat dibawah ini:-

Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaithan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.
Al-Mai'dah (5) : 90

Sesungguhnya syaithan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan shalat; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).
Al-Mai'dah (5) : 91

Gambar-gambar sekitar himpunan membantah lesen judi bolasepak

Bantahan daripada pelbagai kaum dan umur

Replika Piala Dunia bersama mesin judi

Ucapan oleh wakil GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia)

Sepanduk yang dibawa orang ramai

Keadaan berhimpit-himpit dengan orang ramai

YB Yunus Jamhari berucap

Ucapan oleh YB Dr Lee Boon Chye

Masyarakat Cina juga membantah lesen judi bolasepak yang diberikan oleh kerajaan Malaysia

Sepanduk besar yang juga membawa makna yang BESAR

Ust Suhaimi Latip, YDP ABIM Perak turut berucap

Polis memberikan arahan agar ucapan diberhentikan

Ucapan tetap diteruskan

Lagi ucapan bersemangat daripada Ust Akmal

Orang ramai masih ingin terus mendengar ucapan

Tiba giliran Ketua Pemuda Pas Perak, Ust Zawawi Hassan

Penuh semangat melaungkan bantahan

Ust Zawawi membacakan doa sambil pihak penganjur
berunding dengan pihak polis

Doa dipanjatkan memohon agar Allah Taala
menyelamatkan negara Malaysia

Replika mesin judi yang mula dikerumuni orang ramai.
Benci mereka terhadap judi bertumpu kepada replika tersebut

Sebagai tanda bantahan kepada judi, replika tersebut dimusnahkan
oleh orang ramai yang bertindak bagaikan pemain bolasepak.

Orang ramai mula mengerumuni pihak polis yang kini
bertindak agresif

Keadaan semakin tegang dan panas

Inspektor Glenn memberikan arahan agar semua orang bersurai

Pihak polis masih memberikan arahan

Sekumpulan pasukan polis dikerahkan ketempat perhimpunan

Berkawal diperkarangan masjid

Orang ramai hanya memerhatikan gelagat pasukan polis
yang berkawal disekitar perkarangan masjid. Apakah
jemaah-jemaah ini memberikan apa-apa ancaman kepada
keselamatan awam?


Membantah perkara yang salah dan bertentangan dengan ajaran agama Islam tetapi dilayan sebegini rupa oleh pihak yang berkuasa.

Bagaimanalah masa depan umat Islam dinegara ini sekiranya Umno dan BN dibiarkan memerintah lagi.

4 comments:

azlanlin said...

Bantah yang bakal ada, ok..mcm mana dgn yang sedia ada? biaQ ja ka? Saja ja tanya.....

Anonymous said...

yg sedia ada, tu kena tanya dengan hamidah osman dengan 'mugabe' dulu

Anonymous said...

Hari itu aku rasa puas apabila menyaksikan sikafir ni, Inspektor Glenn kena baling tepat ke muka dgn replika Piala Punia di Masjid Negeri Ipoh. Aku puji dan syabas kepada pemuda yang berani tu.

Himpunan tu secara aman, masih dalam suasana ibadat menyatakan bantahan kepada kemungkaran JUDI diibarat perbuatan syaitan yang wajib umat Islam tegahkan.

Tetapi Inspekter Glenn ni mengarahkan orang-orangnya merampas pembesar suara dan cubaan menangkap salah seorang pemidato menjadikan keadaan kecoh dan kemarahan... FIKIR LA

Anonymous said...

Nak tanya sikit mengenai ayat "Membantah perkara yang salah dan bertentangan dengan ajaran agama Islam tetapi dilayan sebegini rupa oleh pihak yang berkuasa. Bagaimanalah masa depan umat Islam dinegara ini sekiranya Umno dan BN dibiarkan memerintah lagi."

Kenapa? Selama BN ni memerintah mak bapak kau tak boleh beribadat ke? Jadi kalau nak tulis tu gunalalah akal - selaras dengan "Hanya insan biasa yang tak punya apa-apa. Cuma akal dikepala dan iman didada.

Followers