Sunday, April 25, 2010

Tahniah buat Zaid Ibrahim

Biarpun BN memenangi kerusi parlimen di Hulu Selangor dengan majoriti 1,725, namun begitu saya tetap ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Datuk Zaid Ibrahim kerana telah berjaya mempertahankan perjuangan rakyat yang dibawa bersamanya ke dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor ini sehingga ke akhirnya.

Sungguhpun peribadinya dicincang lumat oleh kempen secara tidak bertamadun BN (yang ditunjangi oleh Umno), Zaid dilihat tenang meneruskan kempen 'Zaid Untuk Rakyat' sehinggalah keputusan rasmi di umumkan tadi.

Keputusan hari ini bukanlah satu titik penamat kepada perjuangan kita selama ini.

Renungkanlah firman ini:

Allah berfirman: "Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu." (al-Baqarah: 216)

Begitu juga hadis ini:

Rasullulah S.A.W. bersabda:

"Lakukanlah segala sesuatu yang bermanfaat bagimu dan mintalah bantuan daripada Allah Taala. Jika sesuatu menimpamu maka jangan pernah mengatakan, "Jika saya melakukan seperti ini maka hasilnya akan seperti ini." Akan tetapi ucapkanlah, "Allah telah menetapkan sesuai kehendak-Nya." Sesungguhnya kata, "Jika" merupakan pintu bisikan syaitan."

Sekalung tahniah juga kepada jentera pilihanraya PAS, PKR dan DAP yang dikerahkan untuk bertungkus lumus berkempen di Hulu Selangor selama seminggu ini.

Segala pengorbanan anda semua PASTI akan dibalas sesuai dengan ayat ini:

"Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." (an-Nahl: 97)

7 comments:

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Ajijoi,
Hulu Selangor diberi pinjaman selama 2 tahun sahaja. Pinjaman ini telahpun tamat malam tadi.
Janganlah heboh pasal pengundi hantu atau tidak bersih.
Kalau kalah bising dan jika menang semuanya baik2 belaka walaupun dengan 10 undi.
Rakan PAS hamper berkubur tanpa batu nisan. Selepas ini PR (tak berdaftar) hampir menjadi hidup segan mati tak mahu.
Sekian.

Pecah Tembelang said...

Kenapa x habiskan Firman Allah tersebut dengan lebih jelas wahai encik ajijoi...?????

…dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu
dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.
Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu) sedang
kamu tidak mengetahuinya...
(01:216)

Parit.com said...

Bagaimanakah dapat diakui adanya perjanjian (keamanan) di sisi Allah dan RasulNya bagi orang-orang musyrik (sedang mereka mencabulinya)? Kecuali orang-orang (musyrik) yang kamu telah mengikat perjanjian setia dengan mereka dekat Masjid Al-Haraam. Maka selagi mereka berlaku lurus terhadap kamu, hendaklah kamu berlaku lurus pula terhadap mereka; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa.

Bagaimana (boleh dikekalkan perjanjian kaum kafir musyrik itu) padahal kalau mereka dapat mengalahkan kamu, mereka tidak akan menghormati perhubungan kerabat terhadap kamu, dan tidak akan menghormati perjanjian setianya. Mereka menjadikan kamu bersenang hati hanya dengan mulut mereka, sedang hati mereka menolaknya; dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.

AT-TAUBAH,7 DAN 8

Tok Pambu said...

Yang pasti PM terkejut beruk kerana hilang sokongan dari kaum cina.

Kalau letak calun UMNO sudah pasti kaum india juga cabut lari dan sokong PKR.

Kesian UMNO, malang sungguh nasib mu.

samagreen said...

Memang benar kata Nik Aziz bahawa politik tu ibadah. Tapi sayang sekali, beliau telah menipu dirinya sendiri (dan menipu orang2 yg taksub dgnnya)!!

NA telah ‘berdoa’ moga Zaid Ibrahim mencapai kemenangan. Tapi, takkan tidak terdetik di hati kecil beliau (atas sifat kewarakkan beliau utk mendapat petunjukNya) bahawa ZI AKAN kalah!! Mustahil, mustahil Nik Aziz tak dapat petunjuk!!

Tapi kerana politik ‘kotor’, niat jadi tak synchronize dgn kata2 (doa) dan tindakan. Bukankah ini menipu diri namanya? dan wajarkah politik sedemikian dituntut sebagai ibadah?

Kekalahan ZI adala satu ‘kebaikan‘ bagi dirinya sendiri utk lebih bermuhasabah…. sebagai satu ujian dari Allah utk justify akan taubatnya!! Tapi jika ZI tak positif (redho) dgn ketentuan ini, pasti ‘skill’ lama beliau akan datang balik. (Jangan lupa dgn kelicikan Iblis, kerana Iblis tu mantan malaikat, graduan dari Universiti Langit….. bukan dari UM, bukan dari UKM, bukan dari Oxford, bukan dari Harvard!!)

Teringat teman akan nasihat seorang ulamak, “tegakkan Hablumminallah semata-mata kerana Allah, dan tegakkan Hablumminannas juga semata-mata kerana Allah, pasti sukses perjalanan kalian di dunia dan akhirat”. (maksud Al-Baqarah:208 dan An-Najm :3-4)

Wassalam

Pecah Tembelang said...

nalapambu.... yang PASTI BN MENANG...

lord ried said...

1.Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir.- al-Maidah 5:44.
2.Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.- al_Maidah 5:45.

Followers