
Dan persoalan itu jugalah yang membuatkan mereka semuanya membantah projek perobohan pasar tersebut kerana bimbangkan masa depan mereka yang gelap jika projek ini diteruskan juga. Tiga tahun bukanlah satu jangka masa yang singkat untuk mereka mencuba nasib di tempat yang baru yang sehingga kini belum dapat ditentukan oleh pihak yang berkuasa.
Tetapi permasalahan yang lebih besar lagi ialah pasar yang masih tegap dan mantap itu tidak sepatutnya dirobohkan dengan pembaziran yang dianggarkan sebanyak RM6 juta.
Rata-rata peniaga di situ bersetuju jika pasar mereka dibaikpulih sahaja di mana yang perlu tanpa belanja yang besar dan membazir.
Daripada 180 peniaga di Pasar Gunung Rapat itu, 121 orang telahpun menandatangani petisyen membantah perobohan pasar mereka. Apakah suara majoriti peniaga-peniaga ini tiada nilainya kepada pihak MBI (Majlis Bandaraya Ipoh) yang beriya-iya benar ingin merobohkan pasar tersebut tanpa apa-apa rundingan langsung dengan para peniaga.
Manakala seramai 2000 tandatangan pengunjung pasar telah dapat dikumpulkan dalam masa hanya dua hari sahaja kerana mereka juga membantah perobohan pasar tempat kunjungan biasa mereka membeli keperluan harian.
Saya sempat meninjau keadaan pasar tersebut petang semalam untuk melihat sendiri apakah luahan para peniaga itu ada asasnya. Mari bersama-sama kita lihat dan fikir dengan akal fikiran yang terbuka akan luahan dan bantahan mereka itu.
Masih tegap dan utuh





Baru diperbaharui setahun lebih




Lantai dan atap yang disambungkan daripada tempat perniagaan daging babi.

Masalah penyelenggaraan
Masalah utama di Pasar Gunung Rapat ini sebenarnya adalah penyelenggaraan yang tidak berfungsi dengan baik oleh pihak MBI.
Bayangkan, hanya tiga orang pekerja MBI sahaja yang ditempatkan di pasar yang sebesar ini untuk menjalankan kerja-kerja mencuci dan mengutip sampah di sini.
Mesin tekanan air yang biasa digunakan untuk mencuci longkang pula telah hampir 2 tahun rosak dan masih tiada sebarang tindakan daripada pihak MBI walaupun para peniaga telah lama membuat beberapa aduan terhadap perkara tersebut.
Inilah akibatnya, saksikan...
Pembaikan yang minima
Para peniaga di sini mengatakan bahawa pembaikan yang diperlukan di pasar ini di tahap minima sahaja tanpa perlu berbelanja besar sehingga RM6 juta.
Antara perkara yang perlu diperbaiki adalah lantai dibeberapa tempat yang telah pecah dan berlubang akibat takungan air yang begitu lama dan tidak diselenggara dengan baik.
Contohnya seperti dibawah ini:-


Peniaga Melayu disebelah tempat babi
Mengikut pelan pasar yang baru, konsep 1Malaysia dikatakan menjadi tema utamanya.
Oleh yang demikian, peniaga-peniaga Melayu beragama Islam yang menjual kuih-muih dan ikan akan ditempatkan bersebelahan dengan peniaga-peniaga babi.
Walaupun dipisahkan oleh dinding, dapatkah anda bayangkan bagaimana keadaan mereka nanti?
Dilema ini disuarakan sendiri oleh peniaga tersebut kepada saya semalam. Kata peniaga ikan keli ini, namanya telah diletakkan betul-betul disebelah dinding tempat menjual babi.
Contohnya seperti dibawah ini:-


Penghuni gelap
Di pasar ini juga terdapat 'penghuni gelap' yang mendiami pasar apabila tiada aktiviti penjualan yang berlangsung.
Mereka ini adalah penagih-penagih dadah yang menjadikan tempat jualan babi sebagai tempat persembunyian mereka untuk melepaskan gian.
Menurut pelan pasar yang baru, tempat meletak kereta bawah tanah akan dibina. Ini bermakna, satu 'syurga' baru kepada penghuni gelap ini menjalankan aktiviti harian mereka.
Dan terjaminkah keselamatan para pengunjung pasar yang menggunakan tempat letak kereta bawah tanah di sini nanti dengan kehadiran ramai penghuni gelap ini?
Jawapan kepada soalan tersebut ada pada MBI dengan merujuk situasi tempat letak kereta bawah tanah di bangunan Pasar Besar Ipoh (Super Kinta).

Jangan mempertaruhkan nasib peniaga
Para peniaga di sini begitu mengharapkan kewarasan daripada pihak MBI dan Datuk Bandar terutamanya dalam membuat keputusan untuk merobohkan pasar yang masih elok dan tegap ini. Nasib mereka dan keluarga jangan dipertaruhkan hanya kerana tarikan wang sejumlah RM6 juta itu.
Perbincangan dua hala yang lebih tersusun dan lanjut perlu diadakan dengan kadar segera oleh pihak Datuk Bandar yang mewakili MBI dengan para peniaga di sini sebelum projek perobohan yang dijangkakan pada bulan Mei ini.

pasar yang hanya merugikan banyak pihak.
1 comment:
bro meh chek poll blog ambo
Post a Comment