Thursday, October 8, 2009

Solat hajat untuk kemenangan Islam di Bagan Pinang - Pesuruhjaya Pas Perak

IPOH, 8 oktober - Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, meminta semua ahli PAS, pemimpin dan penyokong di semua peringkat mengadakan solat hajat bagi memohon pertolongan Allah SWT agar memberi kemenangan dan memelihara keselamatan para pejuang Islam yang sedang berjihad memenangkan Islam di Bagan Pinang dari segala perancangan dan perlakuan jahat yang akan dilakukan oleh sesiapa sahaja yang berniat jahat terhadap gerakan Islam PAS ini.

Beliau meminta seluruh para petugas PAS dan rakyat yang cintakan keamanan dan kestabilan politik memohon pertolongan Allah SWT agar memenangkan Islam, serta dijauhkan daripada usaha-usaha jahat musuh-musuh Islam.

Arahan itu dibuat ekoran markaz pemuda PAS di Bagan Pinang di ceroboh dan ada diantara pemuda PAS yang dipukul dengan senjata tajam dan merbahaya.

Memetik ucapan beliau “ Saya mengarahkan kepada semua ahli PAS Perak disemua peringkat, supaya melakukan solat sunat hajat secara berterusan, mohon kepada Allah SWT agar diberi kemenangan kepada PAS, diberi Kekuatan kepada PAS, semoga Allah SWT Sentiasa Membela, Memelihara dan Melindungi pejuang-pejuang PAS, dan semoga Allah SWT Satukan hati seluruh para pejuang Islam dan memfokuskan Matlamat Perjuangan PAS, iaitu menumbangkan kezaliman dan menegakkan Islam.”

InsyaALLAH dengan bantuan daripada Allah SWT, PAS akan beroleh kemenangan sepertimana yang pernah diberikan kepada tentera Allah SWT sebelum ini, seperti yang telah termaktub dalam Al Quran Karim, “Hai orang-orang yang beriman, ingatlah akan nikmat Allah (yang telah dikurniakan) kepadamu ketika datang tentera-tentera, lalu Kami kirmkan kepada mereka angin taufan dan tentera yang tidak dapat kamu melihatnya. Dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan” – Surah a-Ahzab ( 33 : 9), jelas beliau.

2 comments:

Unknown said...

Cukuplah kalau saudara kata kemenangan pas di Bagan Pinang.

Untuk mengatakan pas itu Islam dan Islam itu pas, satu perkara yang tolol sekali. Orang mabuk dadah mungkin boleh percayalah. Rakyat Malaysia yg berakal dan berotak waras tentu sekali tak akan terima apa yg saudara maksudkan.

Aku sendiri pass u sebab tu aku tak pernah percaya pas itu Islam, biarpun ulama pas mana sekalipun berfatwa begitu.

MaMa NabIhAH said...

takat pass u tu tak heran, belum tentu pass u akan pass pada ujian mungkar nakir dan titian sirat nanti.

ilmu yang saudara cedok di u tu pun hanya setitis dari ilmu tuhan seluas lautan

moga dibukakan pintu hati saudara mengenal pas dan islam

Followers