Kedudukan bangunan Pusat Pendidikan Al Barakah di Kg Manjoi, Ipoh yang benar-benar terletak dibawah talian elektrik 132Kv (atau 132,000 Volt) bagaikan menanti bahaya menimpa.Pusat Pengajian Al-Barakah di bawah kelolaan AF UST KAZIM ELYAS AL-HAFIZ ini semakin hari semakin bertambah pembangunannya sepertimana yang dilihat digambar, kerja-kerja penambahan sedang berjalan betul-betul dibawah talian elektrik.
Apakah tiada pihak berkuasa yang memantau keadaan keselamatan penghuni di pusat pengajian ini yang kebanyakannya adalah kanak-kanak? Ataupun kerana Ust Kazim mempunyai 'cable' yang lebih kuat dengan kerajaan negeri daripada cable-cable elektrik yang bersimpang siur di atas bangunan tersebut.
Semoga tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku kemudian hari akibat daripada tabiat 'tutup sebelah mata' pihak berkuasa terhadap bangunan ini. Jangan apabila telah terjadi sesuatu, maka akan timbullah sikap salah menyalah dan menuding jari kepada semua arah melainkan diri sendiri.




Peringatan awal sebelum ini di blog PAS TAMBUN
Jangan hanya fikirkan keuntungan semata tanpa mengira bahaya yang melintang di atas kepala.Bahaya tetap bahaya walaupun ianya adalah sekolah agama.












































