Saturday, November 14, 2009

Konvokesyen PASTI Gopeng disambut gemilang

IPOH 14 NOV Sambutan Hari Anugerah Kecermelangan Akademik & Majlis Konvokesyen PASTI Kawasan Gopeng berlangsung dengan meriah di Hotel Seri Malaysia, Ipoh pagi ini.

Majlis yang dirasmikan oleh Sdr Salman Saleh, Naib Ketua Pemuda PAS Perak juga menyaksikan persembahan daripada murid-murid PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam) yang terdiri daripada Pasti Ammar, Pasti Sinaran Wahyu, Pasti Ehsan dan Pasti Pintar. Penyampaian anugerah kecermelangan pelajar juga bagi meraikan pencapaian akademik murid-murid Pasti selama setahun menimba ilmu.

Murid-murid dan juga guru-guru Pasti diraikan hari ini di dalam suasana yang cukup gemilang di dewan Hotel Seri Malaysia, Ipoh. Seramai 112 orang murid daripada empat Pasti kawasan Gopeng telah hadir bersama ibu-bapa masing-masing yang memenuhi dewan tersebut.

Majlis penyampaian anugerah pelajar cemerlang, sijil konvokesyen kepada murid Pasti umur 6 tahun, cenderamata kepada semua pelajar Pasti dan penghargaan kepada guru-guru Pasti antara aturcara yang telah diatur pihak penganjur bagi menyempurnakan Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Majlis Kovokesyen PASTI Kawasan Gopeng tahun 2009.

Majlis konvokesyen ini juga telah diserikan lagi dengan kehadiran Menteri Besar Perak, Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin bersama isteri untuk menyaksikan penganugerahan pencapaian anak bongsu mereka. Di kesempatan ini, Dato Seri Nizar telah diundang untuk memberikan ucapan sebagai alu-aluan kepada ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka belajar di Pasti.

Kemeriahan jelas terlihat dengan persembahan bersahaja murid-murid Pasti beserta sokongan dan dorongan daripada ibu bapa yang tidak kering gusi menyaksikan persembahan mereka. Kebanggaan juga terasa apabila anak-anak menerima penganugerahan pencapaian akademik mereka.

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...