Sunday, November 1, 2009

Dun Perak dibubar Jumaat hadapan

Dewan Undangan Negeri Perak akan dibubarkan pada hari Jumaat minggu hadapan.

Begitu perkhabaran yang disampaikan oleh YB Nga Kor Ming tengahari semalam kepada pemimpin dan juga peserta konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan di Hotel Syuen, Ipoh semasa sesi tertutup untuk perbahasan peserta.

Menurut beliau, berita itu baru sahaja diterimanya. Laungan takbir dan tepukan gemuruh daripada peserta-peserta konvensyen menggamatkan seketika dewan utama hotel berkenaan.

Pemilihan hari Jumaat depan sebagai hari pembubaran Dun Perak adalah kerana perbicaraan kes Dato Seri Nizar vs Zambry akan didengar di Mahkamah Persekutuan Khamis (5.11.09) hadapan.

Jika keputusan Mahkamah Persekutuan itu memihak kepada Dato Seri Nizar, keesokan harinya Pakatan Rakyat akan memohon kepada Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak untuk dikembalikan haknya kepada rakyat Perak memilih kerajaan yang mereka mahukan.

Kesemua pemimpin, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat diminta untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan tersebut.

7 comments:

anakmuaallaf said...

salam,
If right good news..

mAlonG Sufina said...

assalamuailaikum, semoga benar apa yang dikhabarkan. Teruskan membaca Qunut Nazilah ....

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Ajijoi,

Dah BUBAR ke?

Anak muallaf dan Sufina harap sangat nak bubar.

Sayang sejuta kali sayang sampai sekarang masih lagi belum BUBAR.

Tidak mengapa Ajijoi kita tunggu PRU ke 13. Siapa yang kena tempiasnya.

Kita harap PR (tak berdaftar) membuat laungan BUBAR tak henti-henti sampailah ke PRU 13 nanti.

Kalau PR kalah PRU 13, sambung lagi perkataan BUBAR sampai ke pru 14.

Itulah namanya perjuangan TOK GURU PAS, TOK GURU DAP dan ULAMA PKR.

Bukan begitu Ajijoi.

Mama Izzah Nabihah said...

apa sajalah kau si puntung kaki rokok
kau yg dok kalut dan takut bubar dun, ada kepentingan barangkali
rakyat semua nak bubar dan pegi undi sekali lagi
UMNO paling takut dgn kuasa rakyat
kalau betul hero, bertandinglah sekali lagi.... tak rugi pun kalau kau menang
tapi rugi besarlah kalau pakatan yang menang lagi besarrrr hahaha
apa sajalah labu oiii

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai AP,

AP apa tahu tentang politik dan demokrasi kalau jadi anak patung (AP).

Yang AP tahu hanya sokong dan bangkang. Itu saja.

Kalau AP sokong PR (tak berdaftar) yang ada PAS dalamnya, sila jawab soalan ini.

PAS pernah menuduh UMNO menjadi KAFIR apabila bekerjasama dengan MCA dan MIC, bagaimana dengan PAS yang kini bersama dengan DAP dan PKR nak dipanggil apa?

Jawab jangan tak jawab AP.

100 markah akan diberi kalau tepat jawapannya.

Adakah AP telah buat kajian mengenai PAS seperti yang saya lakukan sampai sekarang?

Kalau AP tahu tentang PAS sila beri fakta tentang sejarahnya.

Sekian.

Mama Izzah Nabihah said...

geli hati aku tgk kau melalut pkr oii..

apa sajalah labu!!

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai AP,

Geli hati tanpa fakta tak guna juga.

Cubalah jawab.

Sekian.

Followers