Sunday, November 8, 2009

Pelanggaran Perjanjian Persekutuan

Sumber: Malaysian Today
Penulis: Raja Petra Kamarudin
Terjemah Oleh: Semangat Reformasi '98
Tajuk: Perlanggaran Perjanjian Persekutuan (In violation of the Federation Agreement)


Rakyat Malaysia perlu faham bahawa adalah menjadi kewajipan kerajaan persekutuan untuk membayar segala yang menjadi hak kerajaan negeri kepada kerajaan negeri yang berkenaan, sebagaimana yang termaktub dalam akta-akta Parlimen dan perjanjian-perjanjian yang ditandatangani sejak tahun 1957. Perkara yang kini dilakukan oleh kerajaan persekutuan sememangnya tidak menurut perlembagaan dan melanggar semua perjanjian yang berkenaan.....

THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA 144

AKTA KEMAJUAN PETROLEUM 1974

Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

Tarikh Perkenan Diraja: 30 Julai 1974
Tarikh penyiaran dalam Warta: 22 Ogos 1974
Tarikh digunapakai: 1 Oktober 1974

Judul Panjang & Mukadimah

Suatu Akta untuk membuat peruntukan bagi pengeksplorasian dan pengeksploitasian petroleum sama ada di pantai atau di luar pantai oleh suatu Perbadanan yang padanya akan diletakhakkan seluruh pemunyaan dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan eksklusif berkenaan dengan petroleum tersebut, dan untuk mengawal penjalanan aktiviti penggunaan dan pemajuan yang berhubungan dengan petroleum dan keluarannya; bagi membuat peruntukan mengenai penubuhan suatu Perbadanan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] atau di bawah undang-undang yang berhubungan dengan pemerbadanan syarikat dan mengenai kuasa Perbadanan itu; dan bagi membuat peruntukan mengenai perkara yang berkaitan atau bersampingan dengannya.

Pembayaran wang tunai oleh Perbadanan

Sebagai balasan bagi pemunyaan dan hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan yang diletakhakkan padanya menurut Akta ini, Perbadanan itu hendaklah membuat apa-apa pembayaran wang tunai sebagaimana yang dipersetujui antara pihak-pihak yang berkenaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan mana-mana Negeri yang berkenaan.

**********************************************************

Pada mulanya, Malaya diperintah oleh sultan-sultan. Kemudian, Melaka jatuh ke tangan Portugis, dan kemudiannya kepada Belanda, dan akhirnya kepada Inggeris. Pihak Inggeris menandatangani perjanjian dengan Sultan Johor dan Kedah untuk menyewa Singapura dan Pulau Pinang. Seterusnya, Melaka, Singapura dan Pulau Pinang digabungkan di bawah nama Negeri-negeri Selat.

Negeri-negeri Melayu yang lain tetap dikuasai oleh sultan masing-masing. Namun begitu, negeri-negeri tersebut dikategorikan kepada dua kategori, yakni Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, dengan kehadiran penasihat Inggeris yang berperanan memberi nasihat kepada sultan. Tetapi adakah sultan wajib menerima nasihat penasihat masing-masing? Ini masih diperdebatkan sehingga kini. Ada yang mengatakan bahawa sultan wajib menerimanya dan ada pula yang mengatakan bahawa sultan berhak untuk mengabaikannya.

Pada tahun 1957, semua negeri terbabit diundang untuk bergabung dalam Persekutuan Malaya. Perjanjian Persekutuan dimeterai, yang mana perjanjian itu menyatakan bahawa pertahanan, dasar luar negeri, keselamatan dalam negeri dan sebagainya adalah tanggung jawab kerajaan persekutuan. Pada masa yang sama, hal-hal lain seperti agama dan sumber alam berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Baca selanjutnya @ http://gomalaysian.blogspot.com/2009/11/raja-petra-perlanggaran-perjanjian.html

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...