27 NOV Tepat jam 5.00 petang tadi, kerbau-kerbau yang dibeli sampai. Walaupun agak terlewat sepertimana yang dijangkakan, namun apabila melihat kelibat kerbau-kerbau itu diatas lori, sedikit rasa lega kerana perkara paling penting dalam majlis qurban nanti telah tiba.
Agak lucu juga bila melihat 9 ekor kerbau disusun sedemikian rupa dibelakang lori. Kreatif juga penjual kerbau ini. Sangka saya, sudah tentulah trailer yang akan digunakan untuk mengangkut sebanyak 9 ekor kerbau. Rupa-rupanya mereka hanya menggunakan lori biasa dengan menyusun elok kerbau-kerbau itu.
"Ngape asyik ngambik gambor je yob, nak masuk dalamharakah ke sinar? (soalan yang selalu ditanya
pada saya bila saya mengambik gambor...orang).
Masuk blog? Blog mana? Ajijoi? Tak pernah dengor pun blog ajijoi.
Blog Alhusseyn tu...selalu le kami ikut"
Ustaz Abu Bakar, Pesuruhjaya Pas Perak sedang memerhatikankerbau-kerbau dibawa turun daripada lori. Nampak tak golok
dipinggangnya tu? Satu peringatan kepada ameno....




No comments:
Post a Comment