Sunday, November 15, 2009

Bukit Merah berasap kembali!

Bukit Merah Menglembu Ipoh kini hangat kembali dengan isu pencemaran yang dikeluarkan oleh kilang berhampiran.

Penduduk komuniti Bukit Merah yang merangkumi Taman Bukit Merah, Taman Badrishah dan Taman Impiana Adril pernah berjaya berjuang sehingga kilang ARE yang mengeluarkan sisa nuklear ditutup pada tahun 1995. Pihak pemaju taman berkenaan telah berjanji untuk memastikan kawasan berkenaan bebas dari pencemaran asap toksik dan bunyi. Jika diperhatikan secara dekat taman berkenaan begitu kurang pokok hiasan dan pokok taman yang subur akibat pencemaran nuklear dan toksik berdekad lamanya.

Hari ini pada era millennium, kilang mulai tumbuh pesat disekitar kawasan penduduk nerkenaan serta kembali mengeluarkan pencemaran aktif.

Suatu ketika dahulu MBI pernah mengeluar kenyataan ( 20 November 2008) bahawa jarak kilang dengan kawasan penduduk adalah mesti melebihi 500 meter. Namun yang terjadi kini ialah jarak mereka dengan kilang berhampiran hanya 50 meter!

Pihak kerajaan tempatan Perak perlu lebih atif dan peka dengan kehendak penduduk yang kini telah menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan kesihatan penduduk Bukit Merah dengan kerjasama Parti Sosialis Malaysia.

Kilang berkaitan pernah menghentikan seketika pengeluaran asap dan bunyi kuat semasa lawatan siasatan Jabatan Alam Sekitar pada sekitar 22 Ogos 2008.

Persoalan yang timbul, bagaimana projek perancangan komuniti berkenaan boleh diluluskan dalam hal jarak kedudukan mereka yang terlalu hampir dengan kilang-kilang berbahaya. Malah megapa kehadiran kilang baru dibenarkan sedangkan kedudukan mereka terlalu hampir?

Dr Masura dan Dr Norlela dari UKM pernah membuat anggaran kos yang amat tinggi ( 16 Jun 2009) sekiranya ujian udara di awasan berkenaan ingin diadakan. Disebabkan kajian ‘black and white’ tiada, malah bukti emperikal juga kurang menyebabkan permasalahan ini bakal berlarutan. Tidak hairan jika pasar borong dan pasar harian di taman Impiana Adril kosong tiada penjual mahupun pembeli. Tidak hairan juga terlalu banyak rumah kosong yang ditinggalkan oleh ‘pembeli’ sendiri akibat tidak tahan dengan masalah kesihatan yang berlaku.

Pihak NGO Perak perlu cakna dengan isu ini serta bekerjasama dengan penduduk setempat untuk menyelesaikan masalah ini.

PAS kawasan berhampiran boleh mengambil perhatian lanjut untuk memperjuangkan isu ini kerana Islam adalah agama yang memiliki dharuri tersendiri antaranya menjaga nyawa, akal dan harta manusia dan semestinya Islam optimis melindungi alam sekitar.

Muhammad Nuruddin Bashah

AJK Lajnah Penerangan Pemuda PAS Gopeng.

No comments:

Followers