Showing posts with label pasti. Show all posts
Showing posts with label pasti. Show all posts

Tuesday, April 3, 2012

Temasya Sukan Pasti Gopeng 2012: Penyampaian Hadiah


IPOH (1.4.12): Masa yang ditunggu-tunggu telahpun tiba. Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang di dalam setiap acara yang dipertandingkan. Begitu juga bagi ibu bapa yang menyertai acara sampingan dan juga peraduan teka kacang.

Sebelum penyampaian hadiah, Sdr Radzi Zainon selaku Timbalan Yang DiPertua Pas Kawasan Gopeng telah menyampaikan sepatah dua kata kepada semua yang hadir.

Gambar-gambar penyampaian hadiah yang berjumlah lebih daripada 150 keping ini tidaklah dapat saya siarkan kesemuanya di blog ini. Untuk mendapatkan gambar anak-anak anda sepenuhnya, sila layari facebook saya di [SINI] 

Sdr Radzi Zainon sedang menyampaikan ucapannya

HADIAH PERTANDINGAN MEWARNA




HADIAH SUKAN PELAJAR PASTI












HADIAH ACARA IBU BAPA







PINGAT BUAT PASTI YANG MENANG

Tempat ketiga: Pasti Sinaran Wahyu

Tempat Kedua: Pasti Pintar

Juara: Pasti Al-Ehsan

Pasti Al-Ehsan juga berjaya membawa pulang Piala Pusingan kali ini. Tahniah diucapkan kepada Ustazah Hamidah yang gigih dan berjaya melatih pelajar-pelajarnya di Pasti Al-Ehsan

Pelajar-pelajar Pasti Al-Ehsan bergambar bersama piala kemenangan mereka

Temasya Sukan Pasti Gopeng 2012: Acara Sampingan


IPOH (1.4.12): Sementara menunggu untuk dikira markah dan juga nama pemenang, beberapa acara sampingan telah diadakan bagi memeriahkan lagi suasana temasya sukan tahun ini.

Setelah puas melihat gelagat anak-anak mereka bersukan, kini tiba giliran ibu bapa untuk mengambil bahagian. Pihak penganjur amat berbesar hati apabila ramai ibu bapa yang 'sporting' untuk turut serta dalam acara sampingan yang disediakan.

Selain acara sukan, disediakan juga khidmat pemeriksaan kesihatan percuma kepada hadirin yang berada di temasya sukan ini. Pemeriksaan tekanan darah, kandungan gula dan BMI ini dikendalikan oleh para doktor daripada Papisma.

LARI KEPIT BOLA

Acara lari kepit bola ini dikhaskan kepada para bapa sahaja

Kepit bola ataupun nama popularnya 'Kengkang'

Memang terseksa nampaknya bapa-bapa ini mengepit





SIMPUL KASIH

Acara ini dimainkan secara berpasangan, suami dan isteri bekerjasama mencantum  atau menyimpul tali rafia yang dicarik halus untuk menjadi yang terpanjang

Cepat simpul tali tu bang...

Kacang je ni...

Simpul macam ni, lepas buat macam ni...

Cepat abah, orang sebelah punya tali dah panjang tu

ALAMAK, DAH PUTUS LA YOP. Ok, ok...nanti ana telefon order tali yang baru...

Ketua Pengadil sedang mengukur tali siapa yang paling panjang

Yang ini ke kupon melancong tadi tu?




Pelajar semua dah tak sabar nak ambil hadiah


PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA

Pemeriksaan tekanan darah

Periksa kandungan gula dalam darah

Nasihat mengenai BMI yang sesuai

Meja pemeriksaan kesihatan untuk lelaki juga 'laris'

Pak Haji ni sihat lagi...

Ukur ketinggian...dah macam nak masuk askar saja

Kaunter pemeriksaan daftar pemilih juga disediakan

'Orang baru' yang payah nak berenggang 

Monday, April 2, 2012

Temasya Sukan Pasti Gopeng 2012: Acara Sukan (3)



IPOH (1.4.12): Acara sukan masih diteruskan. Walaupun kepenatan kerana setiap pelajar terpaksa mengambil giliran dalam beberapa acara yang dipertandingkan dan ada juga yang terpaksa menggantikan rakan yang tidak dapat hadir pada hari ini, semangat kesukanan yang ditunjukkan pelajar-pelajar ini begitu tinggi. Kesemua acara yang disertai mereka, dilakukan dengan penuh semangat dan kesungguhan sehingga ke akhirnya.

RANTAI GERGASI


Hampir sama tiba di garisan penamat

Umpama menyucuk benang ke dalam jarum

Pelbagai gaya boleh disaksikan

Membawa rantai gergasi yang telah siap ke garisan penamat

ISI GULI DALAM BOTOL

Penerangan dan tunjuk ajar di saat akhir

Mengambil guli dengan menggunakan sudu

Guli dibawa dengan penuh hati-hati

Guli dimasukkan ke dalam botol

Menukar pemain

Berhati-hati memasukkan guli






AIS KRIM GERGASI

Membawa bola di dalam kon, umpama ais krim

Alahai...sama besar bola dengan kepala

Bawa ais krim ke, makan ais krim?

Giliran pelajar perempuan pula membawa ais krim

Alamak...tergolek jatuh la pulak ais krim ni

Aik, pejam mata berlari bawa ais krim

LARI 30 METER BERGANTI-GANTI

Memang ada bakat memecut

Sempat senyum lagi tu 

Sama kuat, sama handal, sama laju

Anak sapa ni? Lajunya dia lari

Perempuan pun tak kurang hebatnya

Lajunya mak ngah

Memecut ke garisan penamat



Lega semua acara sukan dah habis, bolehlah berehat

Milik Pasti mana pula tahun ini untuk menggondol Piala Pusingan

Followers