Wednesday, November 25, 2009

Masalah banjir Kg Pengkalan Gate Tambahan diadukan kepada KTMB

Tanggal 23hb Nov 2009, Prihatin akan kejadian banjir yang kerap berlaku di Kg Pengkalan Gate Tambahan, Lahat menyebabkan Dewan Pemuda Pas Kawasan Gopeng terpanggil untuk menghantar surat aduan kepada KTMB Ipoh kerana antara punca yang dikenal pasti berlakunya banjir adalah kerana tanah kepunyaan KTMB tidak diselenggara dengan baik dan mengikut jadual . Akibatnya sistem perparitan tersumbat dan kawasan berkenaan telah ditumbuhi semak samun. Tanah tersebut terletak bersebelahan dengan kampung berkenaan.

Wakil Dewan Pemuda Pas Kawasan Gopeng bersama penduduk kampung
serta pegawai KTMB setelah aduan diterima dan perbincangan dilakukan


Beginilah keadaan tanah KTMB yang tidak diselenggara dengan baik
terletak berhampiran rumah penduduk kampung

Surat Aduan kepada KTMB

Tarikh : 22 November 2009

Ruj Kami : Dppkg / aduan /01-09

Pengarah

Keretapi Tanah Melayu Berhad

Ipoh , Perak

Tuan,

ADUAN BANJIR DI KAMPUNG PENGKALAN GATE TAMBAHAN

Menarik perhatian pihak tuan, Kampung Pengkalan Gate Tambahan, Lahat Perak, terletak bersebelahan dengan tanah kepunyaan Keretapi Tanah Melayu Berhad.

2. Sehubungan itu telah dikenal pasti antara sebab banjir kerap berlaku di Kampung Pengkalan Gate Tambahan, Lahat, Perak adalah disebabkan oleh laluan air dan keadaan semak samun yang tidak di selenggarakan di kawasan tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad menyebabkan air bertakung dan melimpah ke kawasan kampung.

3. Bersama surat aduan ini dikepilkan sekali keratan laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 22hb November 2009. Kami memohon pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad mengambil perhatian berat atas aduan ini demi menjaga kebajikan penduduk kampung dari segi keselesaan dan sebarang penyakit yang mudah berjangkit disebabkan kesan kawasan kepunyaan Keretapi Tanah Melayu Berhad yang tidak diselenggara dengan baik.

3. Kami memaklumkan juga pihak penduduk kampung tidak boleh menjalankan kerja gotong-royong membersihkan kawasan tersebut kerana bimbang akan dituduh sebagai menceroboh kawasan laluan keretapi kepunyaan pihak tuan. Segala tindakan segera dari pihak tuan amat diharapkan sebelum keadaan berlarutan dan merugikan banyak pihak.

Sekian, terima kasih.

“PAS UNTUK SEMUA”

Menjalankan Amanah,

………………………………………

(MOHAMAD ZAIZI B. ZAINAL )

Ketua Pemuda

Dewan Pemuda Pas Kawasan Gopeng

s.k. Ketua Pengarah

Keretapi Tanah Melayu Berhad, Kuala Lumpur


No comments:

Followers