Tuesday, November 3, 2009

Rakyat lebih memahami Islam dibawah kerajaan Pakatan Rakyat - Pesuruhjaya Pas Perak

Melayu dan Islam sememangnya suatu yang sinonim di Malaysia. KeIslaman bangsa Melayu di Tanah Melayu dapat dilihat melalui peristiwa keIslaman Parameswara. Malah, penemuan batu bersurat di Tanah Melayu menunjukkan Islam telah lebih awal sampai di Tanah Melayu.Justeru itu Negeri Perak juga pada suatu ketika dahulu pernah mengamalkan undang-undang Islam iaitu Undang-undang 99 Perak. Jelas Ustaz Abu Bakar Hussain Pesuruhjaya PAS Perak, Menurut beliau lagi, Islam sebenarnya telah lama bertapak hasil daripada kerja dakwah berterusan para pendakwah Islam di seluruh dunia.

Menurut beliau lagi, PAS ialah gerakan Islam tunggal di Malaysia yang menggerakkan jihad siyasi (politik) dengan menggunakan wadah berpolitik untuk berdakwah. Gerakan memperjuangkan Islam yang tidak pernah putus sejak sebelum merdeka ini, telah didaftarkan secara rasmi menggunakan medium sebuah parti iaitu Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengikuti kehendak kerajaan untuk memberikan lebih ruang untuk menggerakkan dakwah Islam di Malaysia. Selain itu Pesuruhjaya PAS Perak itu juga menyatakan bahawa segala hasil daripada gerak kerja Islam yang dilakukan oleh PAS selama ini, rakyat dapat melihat dan mengenali ajaran Islam yang sebenar yang dianjurkan oleh Islam. Sebaliknya rakyat semakin keliru melihat model Islam yang dianjurkan oleh UMNO dan hasil daripada itu telah menyebabkan rakyat semakin jauh dari memahami Islam yang sebenar.

Menurut beliau lagi Hasil daripada dakwah yang dibuat oleh gerakan Islam PAS ini, kita dapat melihat bagaimana bukan sahaja masyarakat Melayu yang dapat memahami kebaikan dan kehebatan Islam, malah masyarakat bukan Melayu yang bukan Islam juga dapat memahami Islam yang sebenar.

Menurutnya lagi, di Perak khususnya, kita dapat melihat bagaimana sepanjang pemerintahan Pakatan Rakyat selama 10 bulan, ADUN PR yang bukan Islam dapat memetik beberapa terjemahan ayat al-Quran yang mana ada di kalangan orang Islam yang belum pernah terfikir menggunakan ayat itu dalam kehidupan. Malah, ada di kalangan ADUN PR yang bukan Islam mampu membaca ayat al-Quran, selain itu kita juga dapat melihat bagaimana kaum bukan Islam semakin memahami ajaran Islam sebenar yang
diterjemahkan dalam perjuangan PAS, kaum bukan Islam juga dapat mempelajari sedikit sebanyak ajran-ajaran Islam bahkan jiwa mereka semakin tertarik untuk memahami ajaran islam .

Memetik ucapan beliau ” PAS melihat perkara ini sebagai peluang untuk melebarkan dakwah Islam, yang menjadi asas pergerakan PAS. ”Kita melihat ini perkembangan yang baik buat Islam, dan kita tidak menghalang masyarakat mengenali Islam secara lebih dekat”, katanya.

Mengulas mengenai perjuangan UMNO, Pesuruhjaya PAS Perak itu menyatakan bahawa, masyarakat kini semakin keliru dengan Islam bawaan UMNO. Asas pergerakan yang tidak berpaksikan Islam dan hanya berdasarkan materialistik semata-mata, menyebabkan rakyat semakin tidak berminat kepada Islam. Doktrinasi yang dibawa mereka seperti Islam Hadhari, 1 Malaysia menyebabkan rakyat keliru dan mempersoalkan kredibiliti kepimpinan tertinggi UMNO yang dilihat tidak konsisten kesefahaman di antara seorang pemimpin dengan yang lain. Menurut beliau lagi, masyarakat Melayu yang suatu ketika dahulu kuat pegangan Islamnya, kini semakin ramai yang tidak memahami Islam secara sempurna
di bawah pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional, Sebenarnya UMNO hanya mementingkan pembangunan semata-mata tanpa mempedulikan agama lagi,”

Selain itu, beliau juga menyelar kerajaan UMNO dan Barisan Nasional kerana sudah 52 tahun memerintah, tetapi rakyat semakin fobia dengan ajaran Islam. Mereka hanya menggunakan Islam untuk mengekalkan kuasa politik, sedangkan PAS menggunakan kuasa politik untuk mengekalkan Islam”, katanya lagi menerangkan mengenai perbezaan Islam bawaan UMNO dan PAS.

3 comments:

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Ajijoi,

Sila renung fakta ini.

PAS KAFIRKAN UMNO KERANA PERINTAH MALAYSIA DENGAN PARTI BUKAN ISLAM
Sejak tahun 1964 PAS telah menyatakan UMNO kafir kerana berkongsi kuasa memerintah Negara ini dengan para pemimpin bukan Islam seperti MCA & MIC kerana PAS menyifatkan perkongsian kuasa yang dilakukan oleh UMNO bercanggah dengan ajaran Islam.

Tetapi sebaliknya bila PAS hendak menyertai PR, TG Hadi Awang berfatwa pula dalam bukunya yang bertajuk “AMANAT HAJI HADI – PENGHURAIAN DAN PENJELASAN” di mukasurat 8 & 17 menyatakan bahawa HARUS bekerjasama dengan dengan orang bukan Islam. Sewaktu PAS menyertai Kerajaan Campuran dengan UMNO/BN di tahun 1973-1977, TG Nik Aziz dalam bukunya yang bertajuk “SIKAP SAYA” terbitan 15 Disember 1977 di mukasurat 3 memetik fatwa Dewan Ulamak PAS Pusat bahawa “Kerajaan Campuran adalah HARUS dan DITERJIH oleh Kongres”

Dengan itu jelas sekali PAS memang mempermainkan Hukum Allah dan berfatwa mengikut kepentingan politik dan bukannya kepentingan Islam. Sebab itu hukum-hakam dalam PAS boleh berubah mengikut isu dan kepentingan politik, sehingga PR menjadi HALAL WAJIB disokong, sementara UMNO/BN menjadi HARAM dan WAJIB ditentang. Surah al-An’am ayat 57 Surah an-Nisa’ ayat 46.

Jadi di mana tafsiran kerajaan Islam sebenarnya.

Komen Ajijoi sangat diperlukan setelah soalan saya tidak berjawab.

Sekian.

Mama Izzah Nabihah said...

tak payah laa layan org macam ni ajijoi... buang masa hang saja....

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Ajijoi,

AP sokong Ajijoi jangan layan saya.

AP tiada pun fakta yang hendak disampaikan.

Macam ini ke penyokong PR.

Patutlah penyokong PR ini pergi ke jalan raya dan berguling-guling untuk mencari sokongan disebabkan tiada FAKTA.

Fakta yang diberi adalah benar belaka.

Sila beri maklum balas.

Sekian.

Followers