IPOH (31.10.09): Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng merupakan pembentang kertas kerja 2 yang bertajuk "Perpaduan Kaum: Pengalaman Pulau Pinang".
Sungguhpun pelbagai gangguan dan tuduhan dilakukan terhadapkerajaan DAP di Pulau Pinang, segalanya dapat ditangani dengan
amalan 5 K iaitu Keadilan, Ketelusan, Kewibawaan, Kebajikan
dan Ketakwaan
Amal maaruf nahi mungkar serta sistem pentadbiran Khalifah Umar Abd Aziz menjadi ikutan serta amalan kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.
Pembasmian miskin tegar di Pulau Pinang berjaya dilaksanakan dengan pemberian RM500 untuk setiap keluarga miskin, walaupun dikecam oleh BN dengan mengatakan kerajaan boleh jatuh bankrupt dengan pemberian tersebut, kerajaan sanggup menanggungnya asalkan rakyat dapat merasai sama hasil yang diperolehi oleh kerajaan.






No comments:
Post a Comment