Monday, November 16, 2009

PAS PERAK KONSISTEN PERTAHANKAN HAK RAKYAT


IPOH: PAS Perak, sentiasa memandang serius akan kemelut politik terkini di Perak. PAS Perak, berpendapat betapa konflik politik yang berterusan di Perak ini merupakan satu lagi ulangan sejarah hitam dalam demokrasi negara bilamana sebuah kerajaan sah yang diangkat melalui proses Pilihan Raya Umum Ke-12 akhirnya dijatuhkan secara tidak bermaruah dan ala “ gangster ” oleh kerakusa pimpinan UMNO / BN yang ternyata tidak dapat menerima hakikat akan penolakan rakyat serta kekalahan mereka dalam mana-mana Pilihan Raya di negara
ini.

Menurut Ustaz Abu Bakar Hussain, Pesuruhjaya PAS Perak, beliau menyatakan, Hasil dari rampasan kuasa oleh pimpinan UMNO/BN di Perak ini, PAS Perak bependirian bahawa Barisan Nasional sememangnya sangat pakar darihal menggunakan strategi suapan kebendaan, pujuk rayu dan andainya itu semua tidak berjaya maka pimpinan UMNO/BN tanpa segan silu akan menggunakan pula strategi ugut dan ancam bagi memastikan kelangsungan agenda politik mereka.

Memetik ucapan beliau ” menyedari akan lakonan politik yang diwatakkan oleh pimpinan UMNO/BN yang bilamana mereka berjaya mengekalkan kuasanya dalam mana-mana pilihanraya mereka akan sering berlagak sebagai sebuah kerajaan yang baik dan meminta parti yang kalah untuk bersatu hati kononnya bagi membangunkan negara juga negeri, akan tetapi watak pimpinan UMNO/BN akan drastik berubah bilamana ia tewas dalam pilihanraya. BN akan lupa akan nasihatnya sendiri dan akan berterusan menimbulkan huru hara serta kekacauan sehinggalah mereka menemukan apa yang mereka dambakan sepertimana yang berlaku dalam
krisis perlembagaan terkini di Perak.”

Menurut beliau lagi, PAS Perak juga berpendirian bahawa BN adalah punca pencetus huru hara dan porak peranda dalam politik negara setelah secara rakus selama lebih 50 tahun memporak perandakan ekonomi dan kekayaan negara.

Beliau juga menegaskan bahawa PAS bersama Parti Komponen Pakatan Rakyat tidak pernah kemaruk kuasa. PAS selama lebih 50 tahun berada di persada politik tanahair sangat konsistan untuk memelihara perpaduan bahkan kestabilan negara. PAS khususnya dan Pakatan Rakyat amnya sudah melalui siri pengalaman kalah dan menang dalam PRU secara matang. Bahkan kita bersedia untuk melepaskan pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak atau di mana-mana sahaja seandainya itu yang diinginkan oleh warga pengundi bagi mana-mana negeri kerana kita berpegang kepada prinsip kebenaran, keadilan dan keikhlasan pemimpin dan rakyat yang
dipimpin.

Memetik ucapan beliau, ”PAS Perak sangat menyedari betapa telah berlaku satu 'rampasan kuasa' di negeri Perak dan mahu agar semua institusi perundangan serta keadilan dalam negara ini mengambil pendirian yang jelas berpaksikan kepada prinsip berani kerana benar.”

Beliau juga turut mempersoalkan sikap beberapa pihak berkuasa yang seolah-olah membutakan mata terhadap realiti sebenar permasalahan yang timbul di Perak sangat dipersoalkan. Tindakan SPR yang ternyata mendahului dan mengambil tugas mahkamah ternyata menjadi punca utama kepada kemelut yang diciptakan atas kepentingan pihak tertentu dan para pedagang yang bersuakakan kuasa.

Bagi PAS kita beranggapan, satu perkara yang amat malang bagi pihak-pihak tertentu yang selama ini bercakap soal moral, penghormatan terhadap mandat rakyat, Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang serta pemisahan kuasa di antara legislatif, eksekutif dan judiciary tetapi akhirnya tanpa rasa malu dan tanpa rasa bersalah membelakangi semua prinsip tersebut ketika mana membuat satu-satu keputusan yang sangat penting, jelas beliau lagi.

Menurut beliau lagi, sesungguhnya, perkembangan terbaru dalam krisis Perak ini dipercayai akan menambah kemusnahan ke atas kepercayaan umum terhadap integriti semua pihak dan institusi yang terlibat dalam insiden ”rampasan kuasa” yang hakikatnya bukan menjadi budaya rakyat negara kita. Ketika ini kita seolah-olah disogokkan oleh pimpinan UMNO/BN dan konco-konconya dengan satu ajaran sesat dan budaya politik liar dalam subjek politik tanah air iaitu ”rampasan kuasa” dan tentunya ia bakal memberi implikasi yang sangat buruk juga ”signal”
serta ”didikan yang sangat tidak baik kepada rakyat khususnya generasi muda.

Beliau juga menyatakan bahawa PAS Perak memberi amaran kepada kepimpinan UMNO/BN, sekiranya, insiden yang sama berlaku sekurang-kurangnya 15 tahun yang lepas iaitu di Sabah barangkali agak jauh untuk difahami dan diingati oleh kita khususnya generasi muda, maka apa yang dilakukan sekali lagi oleh BN dalam rampasan kuasa di Perak pada hari ini semestinya akan menjadi panduan yang sangat berharga dan bukti sejarah paling terkini untuk rakyat Malaysia
mengusung janji bagi menamatkan kuasa UMNO-BN di negara Malaysia ini pada PRU-13 yang akan datang.

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...