Wednesday, November 25, 2009

Indek Persepsi Rasuah Malaysia jatuh lagi

Rakyat terjelepuk lagi bila mendengar CPI Malaysia jatuh lagi pada tahun 2009. Namun begitu tidak ramai yang memahami bagaimana CPI menilai, apa kandungan penilaian dan bila jangkamasa penilaiannya setiap tahun.

Sejak 1995 Transparency International telah menerbitkan Corruption Perceptions Index (CPI) secara tahunan yang mengukur semua negara serata dunia berkenaan tahap atau darjah korupsi yang wujud dikalangan pegawai awam serta ahli poltik. CPI mungkin berbeza dengan Indek Bribe Payer Index yang lebih mengukur rasuah yang wujud daripada sekecil-kecil rasuah di kampung hingga ke parlimen. CPI lebih kepada mengukur darjah korupsi yang dilakukan melalui salahguna kuasa politik sehingga menimbulkan kondusi korupsi.

Pada tahun 2003 ia meliputi kajian sebanyak 133 buah negara, manakala pada 2007 sekitar 180 buah negara. Skor tertinggi yang diterima oleh sesebuha negara menunjukkan tahap korupsi yang semakin rendah.

Baru-baru ini Transparency International menerbitkan Indeks CPI bagi tahun 2009 (selalunya dikeluarkan pada hujung setiap tahun) yang menunjukkan Malaysia jatuh ke tangga ke-56. Indeks pada 2009 akan dimasukkan ke dalam Global Coruption Report 2010 akan datang.

Jika dinilai dari aspek Indeks Rasuah (Bribe Payer Index) BPI, pada tahun 2006, Malaysia telah berada ditangga ke-25, dan ini bermakna ia jatuh dari tangga ke-15 pada tahun 2002.

Ketika Pulau Pinang diiktiraf kerana usahanya memerangi rasuah oleh Transparency International (TI), Malaysia terus merudum dalam Indeks Persepsi Korupsi (CPI) apabila berada pada kedudukan ke-47 ( dengan confident range 4.5 - 5.7 iaitu terendah dalam kumpulan tangga ke-47 di bawah Hungary dan Jordan) pada tahun 2008, berbanding tangga ke 43 pada tahun 2007.

Malah, kedudukan Malaysia lebih buruk dari Israel yang dilabel sebagai entiti haram pengganas dan negara yang dianggap kurang membangun seperti Botswana dan Bhutan. Israel berada pada kedudukan ke-33, Botswana ke-36 manakala Bhutan berada pada kedudukan ke-45.

Kini 2009, Malaysia di tangga ke -56! Melalui Global Coruption Report 2009 kita boleh menilai mengapa Indeks CPI 2008 menurun.

Saya kemudiannya meneliti Laporan Global Corruption Report 2009 (Transparency International 2009) berkaitan dengan Malaysia di muka surat 271 hingga 275.

Transparency International berpendapat selagimana kerajaan, perniagaan dan politik tidak dipisahkan antara satu sama lain, selagi itulah usaha mencegah korupsi dalam kerajaan hanya sia-sia.

Mereka juga menyatakan usaha peralihan BPR ke SPRM hanya menatijahkan usaha menangkap ‘small fish’ sahaja dan bukannya ‘big fish’ yang lebih berbahaya.

Laporan tersebut juga memetik kajian PEMUDAH yang menyatakan BPR hanya berjaya menyiasat 10.1% sahaja kes ,iaitu hanya 7,223 kes, daripada keseluruhan 71,558 yang dilaporkan antara tahun 2000 hingga 2006. Perlu diingatkan kes-kes tersebut hanya yang dilaporkan, bagi kes yang disembunyikan pasti lebih banyak lagi. Melihat angka 10.1% sahaja cukup untuk pihak TI menilai kesungguhan Malaysia membenteras rasuah.

Pulau Pinang mendapat nama yang baik dalam laporan berkenaan.

Gregore Pio Lopez and TI Malaysia yang menghasilkan laporan Malaysia tersebut juga berpendapat, Kerajaan Pulau Pinang kini telah diperkenalkan dengan beberapa sistem pengukuran dan indikator yang bertindak meningkatkan efesiensi pentadbiran negeri.

Perkara ini dikenali sebagai CAT iaitu Competent ( berbakat/mahir), Accountable (boleh diaudit) serta Transparent (telus). Dalam konsep siasah Islam, ia dinamakan konsep ‘Hisbah’ yang menjurus kepada keadilan.

Adalah suatu yang jarang berlaku apabila kerajaan Pulau Pinang berjaya mengamalkan tender terbuka serta kontrak terbuka. Setiap kontraktor boleh bersaing mendapat kontrak dan hanya digugurkan apabila khidmat tidak memuaskan.

Transparent International juga merumuskan dalam memerangi rasuah, Malaysia kelihatan tidak bersungguh-sungguh mencabut akar permasalahan kerana masih mengamalkan penglibatan aktif kerajaan dan politikus dalam sektor swasta yang boleh memansuhkan konsep check and balance antara kerajaan dan sektor swasta.Apabila semua projek mega dan berprofil tinggi perlu dikaitkan dengan ahli politik, birokrasi dan ‘kabel-kabel’, maka kecenderungan untuk terjadi rasuah adalah amat tinggi.

Dalam hal ini kes PKFZ telah dijadikan rujukan dalam laporan tersebut.

Muhammad Nuruddin Bashah

AJK Lajnah Politik DPP Pusat

Hadapan 360 MKJ Kampung Terang

11000 Balik Pulau

Pulau Pinang.

No comments:

Followers