Sunday, November 8, 2009

Penduduk Kg Pengkalan Gate Tambahan hanya menikmati lampu jalan selepas PR memerintah

Oleh: Muhammad Nuruddin Bashah

Pengkalan Gate– Penduduk Kampung Pengkalan Gate Tambahan kini menikmati lampu jalan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh YAB Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin.

Menurut penduduk tempatan yang telah membina penempatan di situ sejak 30 tahun yang lalu, walaupun Kerajaan barisan Nasional telah berkuasa lebih 50 tahun negeri Perak ini, mereka gagal memasang sejumlah besar lampu jalan untuk kegunaan pengguna jalan berkenaan bermula dari jalan besar sehingga ke surau kampung berkenaan.

Sebaliknya walaupun kerajaan Pakatan Rakyat hanya mampu berkuasa selama 11 bulan berjaya menyediakan infrastruktur penting yang diperlukan oleh rakyat.

Malang bagi rakyat seperti penduduk Kampung Pengkalan Gate Tambahan apabila kerajaan yang cuba berkhidmatan kepada mereka secara telus ini telah digulingkan secara biadab.

Menurut temuramah yang dijalan oleh oleh Redaksi Warta Sungai Rapat terhadap beberapa penduduk kampung berkenaan, kawasan jalan raya yang menghubungkan jalan besar ke dalam kampung merupakan jalan yang cukup berbahaya terutama di waktu malam.

“ Kami penduduk Pengkalan Gate ini mengucapkan syukur kepada Allah kerana kerajaan Pakatan Rakyat peka dengan keperluan kami. Jika dahulu banyak kemalangan kenderaan berlaku di selekoh jalan masuk berkenaan kerana terlalu gelab. Kawasan gelab juga mengundang pelbagai jenayah seperti ragut dan kegiatan curi motosikal serta telah menyediakan tempat ‘selesa’ untuk belia dan remaja melakukan kegiatan yang tidak bermoral”. Saya mewakili penduduk kampung kesal kerana telah banyak kali menghubungi pihak kerajaan semasa BN memerintah, tetapi telah 30 tahun, lampu belum juga kami terima”. Kata En Ahmad Sarji kepada Warta Sungai Rapat.

Kerajaan Pakatan Rakyat mampu berkhidmat dengan cemerlang kerana bebas dari rasuah dan kronisma. Hal ini terbukti apabila Perak berjaya mendapat kutipan cukai sebanyak RM 636 juta dalam masa 11 bulan berbanding BN hanya RM 538 juta walaupun telah 51 tahun memerintah. Perlaburan asing juga meningkat sebanyak 53.4% selepas Pakatan rakyat memerintah. Ini menunjukkan PR mampu memerintah negeri Perak secara berkesan dan saksama demi kesejahteraan rakyat jelata tanpa mengira kaum dan agama.

Redaksi Warta Sungai Rapat

http://wartasgrapat.blogspot.com/

Muhammad Nuruddin Bashah

Metallurgist
Prima Metal Group
Ipoh Perak
nuruddin@primametals.com
017-6291368
http://primametals.com/

No comments:

Followers