IPOH (31.10.09): Acara seterusnya adalah ucapan penggulungan oleh pimpinan Pakatan Rakyat Perak terhadap apa yang telah disampai sebelum ini.
Mustafa Kamil Ayub yang mewakili PKR Perak telah memperkatakan mengenai keyakinan PKR kepada kemantapan gandingan yang ada didalam Pakatan Rakyat, komitmen pimpinan PR yang amat jelas serta mengalu-alukan sebarang pandangan membina, kritikan ikhlas, sumbangan serta kerjasama dalam menjayakan perjuangan yang murni buat rakyat Malaysia.
PAS membawakan mesej dan makna TAKWA kedalam gerak kerja Pakatan Rakyat. TAKWA membawa maksud Telus, Amanah, Kebajikan, Wibawa dan Adil.
Dahulu, semasa pemilihan Dato Seri Nizar dipilih sebagai Menteri Besar Perak, saya salah seorang yang menentang kerana kami tidak kenal dengan Dato Seri Nizar. Tetapi sekarang, setelah bekerja bersama-sama beliau, memang wajarlah dia dipilih kerana disiplin kerja serta ketokohannya amat-amat cemerlang.
Janganlah dilihat kepada Nga atau Ngeh tetapi lihatlah kepada hasil kerja yang kami telah lakukan. Jika kerja kami tidak bagus, menyeleweng ataupun rasuah, tolaklah kami didalam pilihanraya nanti.
No comments:
Post a Comment