Sunday, November 1, 2009

Konvensyen Pakatan Rakyat Perak: Sesi perbahasan dan pembentangan Manifesto

IPOH (31.10.09): Sesi perbahasan kertas 1 serta pembentangan kertas cadangan manifesto oleh YB Nga Kor Ming dijalankan sebelum konvensyen berhenti rehat untuk makan tengahari dan solat.

Banyak pandangan dilontarkan didalam perbahasan oleh wakil-wakil 3 parti yang dilakukan secara tertutup, pihak media dan bloggers diminta keluar dan tiada liputan dibenarkan ketika ini.

Ustaz Misbahul Munir menjalankan tugas dengan baik sebagai
moderator untuk sesi perbahasan secara tertutup ini.

Dana untuk Tabung Pakatan Rakyat dikutip daripada
pimpinan dan peserta konvensyen


Dato Seri Nizar memberikan sepenuh perhatian kepada perbahasan
yang disampaikan wakil-wakil parti Pakatan


YB Khalil Idham Lim yang mengendalikan blog Cina-Islam memastikan pengunjung blognya sentiasa bersama-sama mendapat liputan terkini tidak kira walaupun dimana beliau berada

YB Nga Kor Ming membentangkan kertas cadangan
manifesto Pakatan Rakyat Perak

Peserta konvensyen juga tidak melepaskan peluang mengambil bahagian didalam perbahasan terhadap kertas cadangan manifesto yang dibentangkan oleh YB Nga Kor Ming

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...