Thursday, November 5, 2009

Kes Nizar vs Zambry: Ditangguh sampai bila?


PUTRAJAYA (5.11.09): Mahkamah Persekutuan hari ini menangguhkan keputusan kes Nizar vs Zambry ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Kes tersebut didengar di Mahkamah Persekutuan sejak 9.30 pagi tadi dengan penghujahan daripada pihak peguam DS Nizar, pencelahan oleh Peguam Negara dan juga hujah peguam Zambry.

Namun begitu, biarpun telah mendengar kesemua hujah-hujah daripada kedua-dua pihak, para hakim masih tidak dapat memberikan keputusan mengenai kes siapa Menteri Besar Perak yang sah hari ini.

Rakyat negeri Perak masih lagi dibiarkan hidup didalam kemelut yang membelenggu semenjak rampasan kuasa yang dilakukan BN.

Sampai bila hendak dibiarkan keadaan sebegini melanda negeri Perak Darul Ridzuan.

Untuk mengetahui lebih lanjut dan daripada 'tuan punya badan', datanglah beramai-ramai ke majlis Solat Hajat di Surau Nurul Hidayah, Kg Pengkalan Gate, Lahat untuk bersama-sama Dato Seri Nizar dan pimpinan Pakatan Rakyat Perak.

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...