Friday, November 6, 2009

Adakah Selangor bakal dijatuhkan menjelang bulan Januari nanti?

Sumber: Malaysian Today
Penulis: Raja Petra Kamarudin
Terjemah Oleh: Semangat Reformasi '98
Tajuk: Adakah Selangor Bakal Dijatuhkan Menjelang Bulan January? (Will Selangor fall in January?)

Pakatan Rakyat, berhati-hatilah. Kerajaan Selangor mungkin takkan bertahan lama. UMNO telah menetapkan Januari 2010 sebagai bulan di mana Selangor kembali menjadi miliknya. Kini, mereka sedang melakukan banyak perkara secara serentak bagi memastikan mereka berjaya.....

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

Dua minggu sebelum kerajaan Pakatan di Perak jatuh, saya menyarankan kepada mereka supaya mengadap Sultan Perak dan meminta agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan untuk membolehkan pilihanraya diadakan.

Malah saya memberitahu tentang hal ini kepada Anwar Ibrahim. Katanya, kebimbangan saya tidak berasas kerana beliau telah bercakap dengan Lim Kit Siang. Menurutnya, Kit Siang telah meyakinkannya bahawa masalah berkenaan Hee telah diselesaikan dan bahawa segalanya elok-elok belaka.

Namun saya masih berkeras supaya mereka meminta agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan, yakni sementara mereka masih memiliki majoriti kerusi dalam DUN Perak. Ketahuilah bahawa apabila mereka kehilangan majoriti ini, Sultan tidak perlu mempertimbangkan permintaan mereka. Ini kerana pada masa itu, mereka tidak lagi menguasai kerajaan Perak.

Selagi Pakatan Rakyat masih menguasai kerajaan Perak, maka Sultan tidak mempunyai alasan untuk menolak permintaan Pakatan Rakyat. Bahkan jika baginda menolak permintaan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, baginda melakukannya tanpa alasan yang sah. Dengan demikian, memang nampak sangat bahawa baginda adalah alat UMNO.

Tetapi nasi sudah menjadi bubur. Kita semua tahu bahawa Sultan telah disogok untuk menggulingkan Pakatan Rakyat. Bahkan baginda diugut berkenaan dengan status Raja Nazrin sebagai penggantinya. Pendek kata, baginda ditawarkan kedua-duanya… gula-gula pun ya… rotan pun ya. Maka, seperti mana-mana kanak-kanak yang berhadapan dengan situasi seperti itu, baginda disorong tarik semahunya oleh UMNO.

Selain itu, saya juga ada menulis tentang lain-lain hal yang perlu diwaspadai Pakatan Rakyat. Pada masa ini, memanglah Pakatan Rakyat menguasai majoriti kerusi dalam DUN Selangor. Tetapi ini tidak bermakna bahawa mereka menguasai kerajaan Selangor.

Sebenarnya, ramai di kalangan staf agensi dan jabatan kerajaan negeri merupakan hubaya UMNO. Mana tidaknya… mereka sebenarnya ditempatkan di situ dan dapat naik pangkat disebabkan hubungan mereka dengan UMNO. Jadi, sementara Pakatan Rakyat menguasai ‘kepala’ kerajaan Selangor, mereka takkan dapat mengawal ‘badannya’. Nampaknya, apabila kepala ke kiri, badan pula ke kanan, dan sebaliknya.

Baca selebihnya @ http://gomalaysian.blogspot.com/2009/11/raja-petra-adakah-selangor-bakal.html

No comments:

Followers