Thursday, November 12, 2009

Biar saya jelaskan - Raja Petra Kamarudin

Sumber: Malaysian Today
Penulis: Raja Petra Kamarudin
Terjemah Oleh: Semangat Reformasi '98
Tajuk: Biar saya jelaskan (Let me explain)

Kawan-kawan bukan Islam saya menyangka bahawa negara Islam hanya berkisar sekitar hukuman direjam dengan batu hingga mati dan pemotongan tangan. Ada pula yang menganggap bahawa itulah keseluruhan undang-undang Islam. Mereka mengaitkan kedua-dua “negara Islam” dan ‘undang-undang Islam” dengan hukuman direjam dengan batu hingga mati dan pemotongan tangan. Barangkali ramai orang yang salah faham berkenaan perkataan “Syariah”. Jadi, inilah kesempatan bagi Malaysia Today menerangkan kepada pembaca bukan Islam tentang maksud Syariah ataupun undang-undang Islam.....

NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin

Syariah berasal dari perkataan Arab yang bermaksud 'cara' ataupun 'laluan'. Dalam bahasa Arab, istilah ‘Šarīʿat Allāh’ (Undang-undang Tuhan) bukan hanya digunakan oleh orang Islam, tetapi juga orang Kristian dan Yahudi. Walau bagaimanapun, dunia barat sering merujuk kepada Syariah sebagai konsep Islam, iaitu Syariah sebagai hukum-hakam Islam.

Sebenarnya, Syariah merangkumi segala aspek kehidupan - politik, ekonomi, perbankan, perniagaan, kontrak, keluarga, seksual, kebersihan dan isu-isu sosial. Jadi, ia bukan hanya berkaitan dengan hukuman rejam dan potong tangan, yang mana kedua-dua hukuman ini termasuk dalam kategori Hudud. Hudud pula hanyalah satu cabang dari keseluruhan undang-undang Syariah. Justeru, Syariah bukan sekadar Hudud ataupun undang-undang jenayah.

Syariah bukanlah suatu kod undang-undang yang tunggal, tetapi terdiri dari empat sumber. Dua sumber utama Syariah adalah al-Quran dan Sunnah, manakala baki dua sumber adalah kesepakatan (ijmak) dan analogi (qiyas). Bagi sesetengah umat Islam, Syariah terdiri dari al-Quran dan Sunnah. Ada pula yang beranggapan bahawa Syariah juga merangkumi fikah klasik (pemahaman yang mendalam), yang mana fikah klasik berasal dari ijmak dan qiyas. Islam aliran utama (mainstream Islam) membezakan antara fikah, yakni kesimpulan yang dirumuskan oleh para ulama, dan Syariah, yang merujuk kepada prinsip-prinsip di sebalik fikah.

Muslim Syiah menolak pendekatan ini dan menganggap qiyas sebagai mirip kepada bidaah. Mereka juga menolak ijmak. Jadi, versi Syariah yang diamalkan oleh umat Islam Malaysia tidak semestinya diterima oleh umat Islam di negara-negara lain.

Fikah mulai berkembang semenjak zaman masyarakat Muslim awal. Pada masa itu, ahli fikah lebih menumpukan pada isu-isu pragmatik yang berkaitan dengan autoriti dan pengajaran, yakni berbanding dengan teori. Kemajuan dalam teori berlaku dengan kemunculan Muhammad bin Idris Asy-Syafi `i (767-820). Dia menetapkan prinsip-prinsip asas jurisprudens dalam bukunya, iaitu Al-Risala. Buku ini mengandungi perincian mengenai empat sumber utama hukum Islam (al-Quran, Sunnah, ijma dan qiyas), di samping menetapkan bahawa teks-teks utama dalam Islam (al-Quran dan hadis) perlu difahami menurut peraturan objektif pentafsiran, yakni yang berasal daripada kajian yang mendalam tentang bahasa Arab.

Baca Selebihnya @ http://gomalaysian.blogspot.com/2009/11/raja-petra-biar-saya-jelaskan-let-me.html

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...