Sunday, November 8, 2009

Perkhawinan Akhil-Waheeda: Dimeja santapan utama

GOPENG 7 NOV Raja sehari, Akhil dan juga Waheeda telah disajikan dengan santapan istimewa bersama-sama ahli keluarga yang terdekat.

Sambil menikmati hidangan lazat ini, pengantin juga dipersembahkan dengan tayangan slide gambar-gambar majlis pertunangan mereka.

Diketika ini, tumpuan hadirin terhadap pengantin bertambah meriah dan mesra apabila ramai yang mengambil peluang untuk mengambil gambar kenangan pasangan bahagia ini.





















Gambar saya sekeluarga bergambar bersama pengantin tak berapa nak jadi, mungkin sebab kameraman yang diminta ambilkan gambar ini tak biasa dengan kamera saya. Walaubagaimanapun, terima kasih banyak-banyak kepada Cikgu Li yang banyak membantu saya di dalam rakaman hari bersejarah Ustaz Akhil Hayy dan Waheeda ini.


Ahli keluarga sebelah Waheeda memberikan sedikit ucapan
bagi pihak keluarga Waheeda.

Hari ni ramai yang menjadi jurufoto. Macam-macam jenis kamera yang boleh dilihat. Sampai kamera handphone pun tak berhenti berkelip-kelip. Selagi ada memori la kot. Akak-akak yang diatas tu, ada kodak ke kak? Yang paling best, saya ada terdengar satu bunyi yang dah lama saya tak dengar. Bunyi apa? Bunyi kamera rewind bila kodak(filem) dah habis.

1 comment:

sad said...

HA HA HA .. sama le masa ana cakap kat enta aritu, ada budak pompuan pg kaunter tanya "abang kodak ada tak..?" satu skrip yg lama x dengor... he he he kamera rewind..ha 3x

Followers

Video ajijoi

Loading...