Thursday, November 5, 2009

Krisis Perak : Imej Malaysia buruk dimata masyarakat dunia


IPOH 4 November : Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain hari ini sekali lagi menggesa agar kerajaan UMNO dan Barisan Nasional Perak hentikan penipuan terhadap rakyat dan jangan sesekali menzalimi rakyat Perak. Beliau mengatakan, natijah daripada tindakan gelojoh UMNO dan Barisan Nasional merampas kerajaan Perak dengan membelakangkan
undang-undang dan perlembagaan Perak, Malaysia kini dilihat semakin lemah di mata dunia. Perkara ini akan menyukarkan Negara Malaysia berhadapan dengan globalisasi dunia .

Menurut beliau lagi Dalam usaha kita menjalin hubungan dengan negara luar, sudah tentu Malaysia akan dilihat sebagai negara yang terkebelakang berbanding negara lain, akibat krisis pelanggaran demokrasi di Negeri Perak ini.

Katanya lagi, perkara ini adalah disebabkan oleh ketiadaan pengasingan kuasa akibat daripada pelanggaran kuasa yang telah dibuat oleh Barisan Nasional. Menurut Perlembagaan Persekutuan, ketiga-tiga badan iaitu badan perundangan (legislatif), badan pentadbiran
(eksekutif) dan badan kehakiman (judiciary) adalah 3 badan yang berasingan yang tidak boleh dicampuri apalagi dirosakkan, perkara ini sangat penting bagi mengelakkan pemusatan kuasa oleh mana-mana badan.

Memetik ucapan beliau ”Akan tetapi, apa yang menjadi masalah kini, UMNO/BN adalah pencetus dan penggerak dalam merosakkan keharmornian ketiga-tiga badan ini di Negeri Perak ” ”Selain daripada itu, tindakan UMNO mengenepikan undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak juga merupakan satu lagi pencabulan undang-undang oleh UMNO dan Barisan
Nasional di Negeri ini ”. Menurut beliau lagi akibat tindakan UMNO/BN ini, krisis Perak ini
telah mengundang pemerhati politik dari seluruh dunia untuk memerhatikan politik kotor UMNO/ BN di Perak ini.

Natijahnya, politik Perak bukan dilihat sebagai rujukan yang baik untuk dicontohi akan tetapi, rujukan bagaimana sebuah sistem demokrasi boleh diruntuhkan oleh kuasa autokrasi perakar ini terbukti dalam perancangan rampasan kuasa kerajaan negeri oleh UMNO/BN di Perak ini, jelas beliau.

1 comment:

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Pak Bakar,

Ustaz tak pandai undang2 tapi pandai tentang Islam. Lebih baik ngajo di pondok.

Kalau ikut hukum PAS, orang lain tak berhak cakap pasal Islam kalau cetek ilmu Islam.

Begitu juga dengan Ustaz tak berhak cakap pasal undang2. Lagi pun undang2 yang ustaz sebut tu undang2 penjajah kalau ikut hukum PAS. Undang2 orang putih ustaz tak tahu.

Jadi ceritalah pasal undang2 Islam kerana ustaz memang hebat pasal ini apabila dikaitkan dengan PAS.

Pada pandangan PAS, imej Malaysia memang buruk di mata masyarakat dunia kerana krisis politik di Perak.

Kalau begitu pandangan PAS, imej Malaysia buruk kerana tingkahlaku PAS.

Betul tak?

Followers