Monday, November 23, 2009

Kemalangan maut yang ngeri dihadapan Bangunan SUK

IPOH 23 Nov 2009 Kemalangan maut berlaku di Jalan Panglima Bukit Gantang berhadapan Bangunan SUK kira-kira jam 7.40 pagi tadi. Seorang kerani wanita berumur 22 tahun bernama Norhayati binti Mohd Yusof dari Kampung Sungai Tapah, Manjoi maut ditempat kejadian.

Mangsa yang dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya di Melati Wangsa, Ipoh dikatakan gagal mengawal motosikal yang ditunggangnya lalu dilanggar oleh sebuah lori yang sarat dengan muatan. Motosikalnya diseret sejauh 100 meter hingga terbakar.

Sebelum ini sepasang suami-isteri telah terbunuh dalam kemalangan ditempat yang sama. Satu usaha pencegahan untuk mengelak kemalangan ini berulang harus dibuat oleh pihak berkuasa. -bp

- bumiperak.blogspot.com

Ajijoi ~ Jika anda melalui jalan dihadapan pintu masuk Bangunan SUK, pasti anda akan dapat melihat bagaimana kedudukan lampu isyarat yang terletak dipenghujung fly-over disitu.

Keadaan sebegini agak serupa dengan plaza tol Jelapang sebelum ini yang kerap berlaku kemalangan maut akibat kedudukan plaza tol itu yang terletak dibawah lereng bukit.

Bagi kenderaan (terutamanya kenderaan berat) yang menuruni fly-over itu memberhentikan kenderaan mereka sebaik tiba dibawah apabila lampu isyarat bertukar warna, sudah semestinya mengalami kesukaran. Keadaan yang merbahaya ini sepatutnya sudah lama dibuat kaji selidik dan diubah agar tiada lagi nyawa yang melayang akibat sistem jalanraya yang menyukarkan pengguna.

Janganlah hanya untuk memudahkan laluan memasuki Bangunan SUK, pengguna jalanraya yang lain terpaksa menggadai nyawa mereka.

3 comments:

alhusseyn said...

Inna lillahi wa-inna ilaihi raji'uun...ingatkan Zambry tadi!

armouris said...

elak kemalangan, jangan SMS ketika memandu! - Bahaya SMS (Ketika Memandu)

Anonymous said...

terkenangkan nizar buat aksi drift smpi tergolek dpn istana

Followers

Video ajijoi

Loading...