Sunday, November 1, 2009

Konvensyen Pakatan Rakyat Perak: Pembentangan kertas 3 oleh YB Yaakob Sapari

IPOH (31.10.09): Pembentangan kertas 3 yang bertajuk "Merakyat Ekonomi Selangor, Menangani Kemelut Luaran" telah dibentang oleh YB Yaakob Sapari, Adun Kota Anngerik yang juga Exco Kerajaan Selangor bagi menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang tidak dapat hadir.

Media utama masih memainkan peranan yang cukup penting terhadap penduduk di negara ini walaupun perkembangan internet begitu meluas dan merupakan sumber berita alternatif masakini. Namun begitu, biarpun kerajaan Pakatan Selangor diuji dengan begitu hebat oleh pihak media, mengikut kajian yang dijalankan, sokongan rakyat masih bersama Pakatan di Selangor.

Kebijaksanaan Tan Sri Khalid didalam bidang ekonomi telah membantu kerajaan Pakatan Selangor mengurus tadbir kewangan negeri dengan cukup baik. Petani di Selangor telah dibantu sehingga mereka kini berupaya membayar zakat walaupun dahulunya mereka bergantung kepada bantuan zakat. Kadar taraf kemiskinan telah dinaikkan kepada RM15oo daripada RM741 sebelumnya. Anak-anak Selangor dibantu dan khairat kematian juga diberikan kepada warga emas sebanyak RM2500.

Isu mengapa Adun Pelabuhan Kelang, YB Badrul Hisham Abdullah keluar daripada PKR untuk menjadi adun bebas tetapi menyokong BN juga dijelaskan YB Yaakob Sapari. Keluarnya YB Badrul daripada Pakatan telah lama dijangkakan kerana beliau tidak dapat menahan tekanan yang diberikan BN terhadapnya sehinggakan beliau sudah tidak mahu bertemu dengan orang ramai. Pusat khidmat dan dun dibawahnya terpaksa diurus oleh parti apabila beliau tidak lagi memberikan kerjasama kepada pimpinan. Keluarnya YB Badrul daripada PKR juga dilihat sebagai satu proses pembersihan dan kedudukan adun-adun Pakatan di Selangor masih lagi tidak tergugat.

YB Ngeh Koo Ham menyampaikan cenderahati sebagai
tanda penghargaan kepada YB Yaakob Sapari

No comments:

Followers