Sunday, November 8, 2009

DS Nizar melawat mangsa kebakaran di Changkat Jering

Dato Seri Nizar sedang bertanya mengenai kebakaran yang
berlaku kepada mangsa, Wan Norashikin Binti Shafie


CHANGKAT JERING 8 NOV
Dato Seri Nizar Jamaluddin, Ahli Parlimen Bukit Gantang telah meluangkan masa petang tadi untuk melawat serta bertanyakan khabar kepada keluarga mangsa kebakaran yang telah menghanguskan rumah mereka pada hari Khamis (5.11.09) jam 9.00 malam itu.

Semasa kejadian, Wan Norashikin dan suaminya Ahmad Tamizi tiada dirumah kerana keluar berniaga ke Bukit Gantang. Namun begitu, ibu, kakak serta anak-anak mereka telah berjaya diselamatkan oleh jiran tetangga yang menyedari kejadian yang telah meranapkan sama sekali rumah tempat mereka sekeluarga berteduh.

Berita terdahulu yang dipetik daripada laman web Parlimen Bukit Gantang di bukitgantang2.blogspot.com :-

05/11/09.9.00 malam.Rumah saudara Ahmad Tamizi terbakar hangus.


keadaan rumah ahmad tamizi yang hangus

Ahmad Tamizi dan isteri beliau Wan Norashikin di Bukit Gantang, menerima panggilan sekitar jam 9.00mlm mengatakan rumah beliau terbakar.

Terkejut dengan kejadian beliau bergegas kerumah beliau dichangkat jering, memikirkan ibu beliau yang lumpuh dan seorang kakak beliau yang sakit dan anak-anak yang berada dirumah.

Syukur Alhamdulliah semua mereka telah dikeluarkan oleh jiran-jiran,rumah telah pun hangus tambah beliau.


Ahmad Tamizi bersama c,din

Para pembaca dan penderma yang budiman:
sebarang bantuan kewangan boleh disalurkan ke akaun isteri beliau:
Wan Norashikin Bt Shafiee di bank islam NO:08040021694197.

maklumat diri:Ahmad Tamizi bin Mohd isa(kerja sendiri)
Isteri: Wan Norashikin bt Shafie
Anak: 4, masih bersekolah,3org di sek men dan 1 di sek ren.
ibu: Fathima, umur 78.lumpuh (.tinggal bersama).
kakak: Jamliah , umur 58 tahun sakit (tinggal bersama)

Maklumat lanjut hubungi Ahmad Tamizi No tel:012-5247176 atau pusat khidmat Ahli Parlimen:058483950

4 comments:

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Ajijoi,

Kalau Nizar datang hulurkan terus bantuan. Jangan datang saja.

Dalam artikel ini siap dengan no akaun mangsa untuk apa kalau suruh orang lain bagi sumbangan sedangkan mana tanggungjawab Nizar.

Apa sudah jadi ini.

Sekian.

silvermoon said...

xkan nak canang nizar bg sumbangan.. wajib ke canang kalo nak bg sumbangan cam puak hang.. ntah pape ntah.. tlg menolong kan tggjawab bersama..

Anonymous said...

takdanya bagi bantuan setakat tunjuk muka je...dah dia jadi ahli parlimen datang pun tangan duk belakang macam lawat projek...

Pas bangang : aku geleng kepala dan beristighfar panjang dengan baiah sesat lagi menyesatkan oleh PAS...wanita sebagai pemuas nafsu dan barang gadaian dalam politik...

Parti Agama Sesat : PAS

Ajijoi said...

Puntung dan Bangang mungkin dah terbiasa dengan cara pimpinan umno turun padang melawat mangsa kebakaran, mesti diikuti oleh pihak media baik akhbar dan juga tv.

Hulurkan sumbangan perlu pegang duit/cek hujung kiri dan hujung kanan, kamera ambil gambar untuk paparan kepada rakyat.

Kami dalam Pas lain. Sumbangan untuk si mangsa, bukannya untuk heboh kepada yang lain.

No. akaun tu untuk membuka ruang sedekah kepada yang berniat dan berminat.

Tanggungjawab yang macam mana yg Puntung maksudkan? Yang macam adun changkat jering ke?

Pada Bangang pula, perkara baiah yang hanya difahami melalui akhbar tanpa maklumat yg tepat, eloklah jangan dikomen.

Simpan komen tu dulu sehingga yakin dengan cerita-cerita yang sengaja ditimbulkan. Tak perlulah menumpang dosa orang-orang yang empunya rencana.

Followers