Friday, November 6, 2009

Melawat budak baru


IPOH 6 Nov Pagi ini sempat saya membawa isteri dan anak bongsu melawat adik saya dan budak baru tu di Hospital Pantai Puteri. Time off kejap daripada kerja.

Walaupun baru berusia tak sampai sehari, tapi matanya dah pandai melilau mencari kearah bunyi yang datang. Cerdik budaknya ni. Macam Pak Long dia jugak kot.

Menurut adik saya, tengahari ni lepas makan dah boleh balik. Anak bongsu saya yang paling teruja apabila diberi peluang mendekati dan membelai budak baru tu.

Tengok tu. Ramai yang tengah tengok gambar kamu ni. Tak nak tidur ke?

Berasa selesa agaknya dipangkuan Pak Longnya.

Dah agak lama juga tak menimang budak macam ni. Dah lebih 3 tahun dah ni. Belum ada rezeki lagi. Usaha...selalu. Bila nak menambah, selalu kengkawan mengusik. Nambah mana? Anak ke maknya? Balas saya mematikan usikan. Kalau ada rezeki nanti...menambah anak ke, mak ke....itu Tuhan punya kuasa, kata Dr Sam dalam lagunya Saya Anak Malaysia.

1 comment:

Radhiah said...

comel betul anak sedara tu..smoga dia mnjadi anak yg soleh..insyaAllah..

Followers

Video ajijoi

Loading...