Sunday, November 22, 2009

Papan iklan diturun, pejabat arak tetap beroperasi

IPOH 21 NOV Pejabat pemasaran arak Perak milik GAB telah menurunkan 4 papan iklan araknya mulai semalam. Atas sebab dan alasan apa, tidak diketahui.

Namun begitu, janganlah kita mudah berasa lega hati kerana pejabat tersebut masih lagi beroperasi berdasarkan papan tanda niaga utama, van pengedaran arak dan juga pengawal keselamatan yang masih berada dipremis tersebut.

Gambar terkini tanpa papan iklan arak

Gambar sebelum ini yang mempunyai 4 papan iklan arak


Mungkin ini hanyalah satu helah agar kegiatan mereka tidak begitu mudah disedari oleh orang ramai yang lalu-lalang di hadapan pejabat tersebut dengan ketiadaan papan iklan arak yang besar itu.

Usaha berterusan perlu dilakukan agar pejabat ini dapat dipindahkan jauh daripada kawasan penduduk yang majoritinya orang-orang Islam.

5 comments:

bumiperak said...

Tahniah Ajijoi....
Pendedahan ssudara paling berjaya kerana pendedahan ini berjaya memberi tekanan pihak berkuasa tempatan. Mungkin maklumat ini tersebar luas hingga membuka mata autoriti Ugama Islam Negeri Perak.
Allahu Akbar!

Ayid said...

Ajijoi. Ini DUN YB Midah kan apa dia nak jadikan DUN dia kawasan pemasaran arak. Tahniah atas kejayaan anda membuat mata rakyat. Tabir!

anakjatiperak said...

alah...apa nak herankan.BN kan ke dah sebati dengan J.A.R = Judi, Arak, Rasuah...
Kalau Kelantan depa dapat ambik, akan naiklah pusat pengedaran arak bagi kawasan pantai timur sampai ke siam.

Azizul Nizam said...

Ayid, pejabat tu bukan dalam kawasan Midah, cuma berhampiran.

Aduan bantahan kepada pihak-pihak berkuasa boleh dibuat walaupun atas kapasiti individu.

armouris said...

info tentang arak kat sini
- Ketagihan Arak
- Penyalahgunaan Arak

Followers

Video ajijoi

Loading...