Thursday, November 5, 2009

Solat hajat di Kg Pengkalan Gate

2 comments:

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Ajijoi,

Ini solat hajat untuk tujuan politik bukannya IBADAT.

Kalau menangpun adakah hajat nak tubuh kerajaan Islam, negeri Islam dan hukum hudud?

Kata Pak Cik Nizar sebelum tumbang Perak tidak berniat nak tubuh Kerajaan Islam Perak dan hukum hudud.

Begitu juga di Kedah.

Jadi mana dasar PAS. Sebelum berkuasa berdegar-degar bunyinya tetapi selepas berkuasa tak jadi nak tubuh kerajaan Islam dan hukum hudud.

Mengikut hukum PAS, ini dah salah kerana UMNO dan BN pernah jadi mangsanya. Kalau mengikut hukum tersebut, orang yang menolaknya dijadikan KAFIR.

Tapi kini kita nak lebelkan NIZAR PERAK dan AZIZAN KEDAH sebagai apa?

Sekian.

Ajijoi said...

Wahai puntung rokok,

biasanya puntung rokok hanya dibuang orang, tidak disimpan kerana tiada gunanya lagi.

Berkenaan solat hajat, bila dikatakan solat, hukumnya ibadah. Walau apapun tujuannya, solat dilakukan untuk memohon hanya kepada Allah. Terutama disaat menghadapi ujian dan cabaran, Pas kembali kepada Allah. Umno bagaimana?

Sila rujuk http://nasbunnuraini.wordpress.com/2007/04/13/sembahyang-hajat/

Berkenaan hukum hudud pula, enakmen hudud telah disediakan oleh Pas Kelantan dan Terengganu tetapi dihalang Umno untuk dilaksanakan.

Sila rujuk http://biaqpila.blogspot.com/2008/12/hudud-bukan-tanggungjawab-pas-sahaja.html

Siapakah yang mengkafirkan siapa? Umno kata Pas kata Umno kafir. Sepertimana komen-komen Puntung sebelum ini, banyak mengulang perkataan pas kata umno kafir.

Maaf kerana tiada banyak masa untuk 'melayan' komen-komen Puntung sebelum ini.

Andai kata komen-komen Puntung boleh membawa ketenangan hati dan fikiran Puntung untuk terus menyokong umno dan bn, silakan.

Hak bersuara dijamin didalam Perlembagaan Malaysia.

Followers