Wednesday, October 26, 2011
PAK JABIT ATAU MAN KADIR DAKWA KERAJAAN UMNO-BN SENGAJA MAHU ARTIS MALAYSIA TAK ISLAMIK
Tetapi, masyarakat artis tidak pernah didedahkan dengan agama oleh pihak yang bertanggungjawab, jika adapun, hanyalah majlis tahlil dan bacaan yassin untuk artis yang telah kembali ke Rahmatullah.
Segelintir mereka, tegasnya, dilihat hanya menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, bayar zakat fitrah malah ada yang menunaikan fardhu haji ke Makkah."Tetapi soal kewajipan yang lain umpamanya menutup aurat, pergaulan, pertuturan dan konsep pengkaryaan tidak didedahkan. Sekarang ini barulah perkara yang sedemikian mula mendapat perhatian apabila ada artis yang mula berdakwah, menunaikan tanggungjawab mereka," katanya.Pendakwah yang dihantar oleh kerajaan hanya sekadar menyampaikan Islam pada sambutan doa selamat atau sambutan maulid sahaja tanpa menyentuh kepada keseluruhan Islam yang sebenar kepada golongan artis."Umpamanya bercakap politik suku, agama suku ia tidak diterangkan dan dijelaskan kepada mereka. Malah pemerintah tidak mahu menceritakan hal ini kerana jika mereka menjelaskan hal ini ia akan memukul diri mereka balik," jelas Man Kadir.
>Pak Jabit adalah nama popular Man Kadir setelah filem 'Hantu Kak Limah Balik Rumah' arahan Mamat Khalid meletup tayangan. Ia diterbitkan oleh Tayangan Unggul Sdn. Bhd.Pemikiran artis yang ada sekarang ini katanya, bukanlah seperti "ortodok" malah dengan adanya internet, facebook mampu memberi maklumat dan merangsang perubahan minda mereka."Jika kita seorang pengarah Islam, kita perlu tunjukkan peribadi kita sebagai Muslim yang baik dengan menunaikan tanggungjawab agama seperti solat, puasa dan seumpamanya. Dengan itu orang akan melihat diri kita dan insyaAllah artis yang ada akan mencontohinya apabila kita mula berdakwah kepada mereka," ujarnya.Man Kadir juga berharap kepada artis yang telah mula mendekati Islam dan mengamalkannya janganlah pula meghentam kepada mereka yang masih tidak sedar.Sebaliknya pinta beliau hendaklah golongan artis yang mendekati Islam itu mengajak artis tadi dengan hikmah dan memberi contoh yang baik.

ALLAH UJI SIKIT, JANGAN TERUS CABUT LARI - INGATAN SYAM KAMIKAZE KEPADA RAKAN ARTIS
"SAYA selalu berdoa... Ya Allah jangan Engkau bagi hidayah kepadaku, kemudian Engkau tarik semula hidayah itu," cerita bekas penyanyi utama kumpulan rock Kamikaze, Sham Kamikaze atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 35. Beliau memilih jalan berdakwah selepas tujuh bulan berhijrah dan meninggalkan dunia hiburan. Walaupun dari kecil berkecimpung dalam dunia seni yang menjanjikan pendapatan mewah setiap bulan, namun baginya ia tidak memberi apa-apa makna. Ikuti pengalaman beliau yang dikongsi bersama Wartawan Harakah SALMIYAH HARUN baru-baru ini.
Harakah: Nampaknya semakin ramai rakan artis berhijrah ke jalan dakwah muktahir ini? Apakah ini fenomena atau trend?
SYAM KAMIKAZE: Saya ada dua jawapan. Pertama saya lihat ia adalah kehendak Allah SWT kita tidak ada upaya untuk berbuat apa-apa. Kalau orang tidak faham penghijrahan itu dan lihat melalui pemahaman dunia dan mengatakan penghijrahan itu adalah 'trend' saya boleh terima.
Zaman dahulu seingat saya orang yang bermain muzik apatah lagi muzik 'rock' ramai yangkata 'trend' muzik ini hisap dadah. Jadi hari ini 'trend' orang yang bermain muzik, menyanyi atau berlakon 'trend' itu tidak diktiraf.
Untungnya muslimat ini 'trend'nya hendak berhijab, saya kira ia baguslah. Dari sini adalah golongan yang kurang faham penghijrahan, kalau yang faham penghijrahan itu atas kehendak Allah, tidak ada siapa boleh larang atau 'stop' penghijrahan itu. Dia tidak akan mempersoalkan lagi.
Biasalah orang yang tidak berapa faham mereka akan tanya seperti itu. Jawapan yang mudah kalau Allah Ta'ala nakkan kita jadi macam itu, maka jadilah kita macam itu. Saya sifatkan penghijrahan saya ini adalah kehendak Allah, dan kalau ia adalah 'trend' ia adalah yang sihat dan bagus.
Artis-artis ini mereka ada peminat. Selalunya akan terpengaruh dengan artis yang dia minat lakukan. Misalnya, heronya adalah Bob Lokman. Bob Lokman ni solat tak tinggal, pergi usrah, tazkirah dan memberi ceramah. Peminat-peminatnya pun sama..."aku nak jadi macam dia jugalah".
Boleh ceritakan perjalanan hidup Saudara dalam dunia hiburan sebelum ini?
Saya adalah bekas Pensyarah di UiTM Shah Alam dalam bidang Jazz Performance. Guru saya adalah ayah saya. Kemudian menjadi pengarah muzik di Akademi Fantasia. Membuat konsert, rakaman dan 'production'. Saya masih lagi duta Fender. Saya akan bawa perkara itu kepada jalan yang baik.
Bagaimana Saudara melihat perjalanan hidup dari awal terlibat dengan dunia hiburan sehingga berhijrah? Kalau dulu Saudara tak penuh solat lima waktu kerana sibuk, dan hari ini masih juga sibuk tetapi boleh menunaikan tuntutan agama.
Apabila kita tahu masa kita untuk beribadah dan mencari ilmu sangat sedikit, dan hari ini baru kita tahu masa itu tidak cukup. Jadi baru kita faham kenapa ulama-ulama dan ustaz-ustaz masa mereka tidak pernah cukup.
Lepas itu Zohor, kemudian Asar, lepas itu kuliah Maghrib dan Isyak. Lepas itu bangun malam bertahjud. Masa dulu kita tak faham dah anggap mana nak cukup masa. Sekarang ini baru kita faham. Jadi sibuk, itu tidak dinafikan. Kita kena pilih sibuk dalam mencari redha Allah atau harta dunia. Itu beza yang paling nyata.
Apa matlamat dakwah Saudara sebenarnya?
Semasa saya mula-mula hijrah saya tidak tahu saya kena dakwah, jadi saya meletakkan tanggungjawab itu atas ulama dan pendakwah atau orang berilmu. Jadi apabila saya jumpa ustaz-ustaz mereka menegaskan semua orang Islam wajib berdakwah.
Jadi saya baru tahu "alamak ye ke?". Ustaz yang mengajar saya memberitahu saya ramai peminat, bagi tahu mereka. Sekarang ini Alhamdulillah, mana-mana program yang mengundang saya sudah tahu sasaran saya adalah orang muda.
Menurut Ustaz berkenaan, orang muda ramai kenal saya sebab orang tua tak ramai yang tengok tv. Mudah-mudahan kalau golongan ini tengok dan peminat saya sebelum ini mungkin berfikir "kalau orang berubah kenapa aku tidak boleh berubah?".
Dalam ceramah-ceramah yang saya ikuti pun saya selalu ingatkan para jemaah, saya bukan ustaz, tetapi saya sedang belajar dari semasa ke semasa. Saya selalu ingatkan perkara yang melibatkan hukum hakam, perlu dirujuk kepada orang yang betul tahu.
Ini kerana kita yang masih baru, bimbang juga hujah yang kita bagi tidak tepat. Sudahlah zaman sekarang ini semakin ramai orang yang sesat. Kita hendak sesatkan lagi pula? Bahaya tu!
Berjaya atau tidak sebagai seorang artis menggunakan platform mereka untuk mengembangkan dakwah mereka?
Saya rasa berjaya! Sebab sudah ramai artis kita berhijrah. Saya sudah berdialog dengan Wardina Safiyyah, Catriona Ross dan terbaru Irma Hasmie. Dan mereka mengakui tidak pandai cakap apatah lagi bercakap soal agama.
Apabila lihat kita bercakap atas kemampuan kita sendiri dengan menceritakan pengalaman kita bukannya berkaitan hukum hakam. Ramai yang seronok, sebab kita berkongsi pengalaman kita kepada peminat-peminat, dan mungkin selepas ini Allah pula bukakan hati peminat-peminat ini untuk sama-sama ke jalan Allah.
Perjalanan dan perjuangan dakwah ini banyak rintangan dan halangan...
Ya betul....
Termasuklah perjuangan Bob Lokman sehingga beliau ditangkap. Tidak bimbangkah situasi ini turut berlaku pada Saudara?
Saya selalu berpesan kepada kawan-kawan saya dan diri ini, bahawa dugaan dan cabaran kita berdakwah hari ini adalah terlalu sedikit, amat berbeza dengan rintangan yang dilalui oleh Rasulullah dan sahabat baginda.
Jangan mengeluh! Kalau kita kena tangkap atas sebab apa sekali pun, itu adalah ujian Allah Taala. Jangan bila nak berdakwah... Allah uji sikit sahaja, terus kita cabut lari. Kita berpegang kepada sirah Nabi. Walaupun ada rintangan, kita masih boleh menyampaikan dakwah dengan terang tidak payah sembunyi-sembunyi.
Saya berpendapat apa yang dialami oleh Bob Lokman itu tidak akan menjadi penghalang untuk artis terus berdakwah. Yang penting kita berserah dan berdoa kepada Allah Taala. Macam Abg Bob sendiri dia dah tahu dan dia berserah 100 peratus kepada Allah Taala, dan apa yang berlaku selepas ini pun itu kehendak Allah.
Sepanjang libatkan diri dalam dunia hiburan sejak kecil lagi sehingga berhijrah tak sampai setahun, bagaimana Saudara rasa?
Saya rasa tujuh bulan ini, lebih bermakna dalam hidup. Saya yang duduk dalam hiburan ini rasa macam-macam sanjungan, hinaan, dan keji. Akhirnya kita tahu mereka kutuk kita pun kita tidak dapat apa!
Begitu juga kalau kita dapat sanjungan baik dapat anugerah atau pengiktirafan, tetapi tidak ada apa-apa makna untuk Allah Taala. Sekarang ini, orang tidak nampak kita buat ibadah dan apa yang di suruh yang penting Dia tahu.
Dia hendak hargai apa yang kita buat. Sebab itu, saya tegaskan apa yang saya buat sebelum ini adalah silap. Kita minta orang yang hargai kita bukannya Allah Taala. Kalau dulu kita ajar, dan tak berterima kasih, kita akan marah. Sebenarnya tidak perlu. Sebab kita adalah perantaraan Allah Taala.
Ramai artis yang beranggapan terlibat dalam dunia dakwah ini susah untuk 'cari makan'?
Saya dah lama tak cari makan. Ramai yang tanya saya bagaimana dengan pendapatan? Allah Taala berfirman, "Aku akan cukupkan!". Apa yang penting Dia mahukan kita bertawakal kepadaNya. Kalau orang yang faham mereka tidak akan nampak jalan ini, tidak susah.
Contohnya, dahulu saya buat konsert dan memperoleh pendapatan mewah setiap bulan. Tetapi hari ini Allah tak bagi kita macam itu. Tetapi tetap cukup, pendapatan kita. Saya tidak pernah lagi tidak dapat bayar rumah dan kereta.
Memang cukup! Memang sentiasa ada! Jadi berbalik kepada apa yang Nabi ajar, jangan serahkan sesuatu perkara itu kepada kita semata-mata tanpa doa kepadaNya.
Apa pesanan Saudara kepada rakan artis yang lain yang mungkin belum sampai masanya lagi berdakwah bersama-sama Saudara?
Saya tidak ada pesanan. Saya mendoakan. Saya pun sedar siapa saya yang hendak memberi pesanan kepada rakan artis saya. Secara umumnya kalau tidak nampak mereka tidak akan faham.
Jadi saya tidak mahu berpesan-pesan, nanti mereka akan melabelkan saya "macam bagus!". Jadi saya mendoakan supaya lebih ramai bukan sahaja rakan artis termasuk keseluruhan umat Islam di beri taufik dan hidayah daripada Allah Taala.
BERUBAH KEPADA ISLAM KENA LETAK NIAT KERANA ALLAH - PELAKON IRMA HASMI IBRAHIM

FENOMENA artis yang kembali ke pangkal jalan merupakan suatu perkara yang sudah tidak asing lagi dalam masyarakat. Sungguhpun begitu, bagi pelakon muda, Irma Hasmi Ibrahim, 29, berpendapat, cabaran utama yang perlu dilalui golongan ini adalah cara untuk istiqamah dengan perubahan tersebut.
"Apapun semuanya bergantung kepada niat asal seseorang dalam melakukan sesuatu. Kita perlu diletakkan niat hanya semata-mata kerana Allah," tegasnya kepada Harakah.
Ujarnya lagi, perubahan dan penghijrahan sering berlaku dalam kehidupan seharian manusia tanpa mengira kedudukan dan nama menerusi hidayah dan taufik daripada Allah.
"Namun golongan artis yang nature nya mempunyai pengaruh dan kesan memandangkan mereka ini mempunyai peminat dan pengikut yang tersendiri," kata artis yang sedang meningkat naik menerusi pelbagai drama tv dan beberapa rancangan di stesen TV Al-Hijrah.
Justeru, kata Irma, seseorang artis itu perlu sentiasa berdoa kepada Allah untuk ditetapkan hati dan menguatkan tekad dalam melakukan proses penghijrahan itu.
"Saya mendoakan kepada semua rakan-rakan artis tidak kira apa jua perubahan yang sedang berlaku kepada mereka agar semuanya beroleh hidayah dan sentiasa istiqamah dengan niat yang betul serta ikhlas dalam apa jua amal kebaikan yang dilakukan," katanya lagi.
Ditanya mengenai situasi dirinya setelah proses penghijrahan, Irma melahirkan rasa syukur selain berasa tenang dan yakin dengan apa yang dilakukannya.
"Saya dapati kehidupan saya sangat bahagia, tenang, bebas dan yakin kerana tahu batas-batas syariat, malah saya rasa tidak teragak-agak untuk melakukan sesuatu," ujarnya lagi. Bahkan jelas beliau, nikmat yang dirasai seseorang yang bertaubat adalah lebih disayangi oleh Allah SWT.
-harakah
KEMBALI KE PANGKAL JALAN JANGAN DIJADIKAN TREND IKUT-IKUTAN TETAPI MESTI DENGAN NIAT YANG BETUL - IWAN DANGDUT

SEBENARNYA ketakutan, ditambah usia yang semakin lanjut dan tidak tahu bila ajal akan tiba, menjadi antara penyebab beliau mula mencari dan mendapat kesedaran Islam, tegas penyanyi, Wan Shahman Mohd Yunus atau dulunya dikenali sebagai Iwan Dangdut.
Penyanyi popular dengan lagu dangdut "Memori Daud Pisang" bersama Amalina itu menegaskan, dari kesedaran yang membuak-buak itulah, Allah membuka pintu hidayah dan beliau begitu bersyukur dengan nikmat Islam yang dirasainya sekarang.
"Saya sebenarnya gembira kerana ramai yang mahu kembali semula kepada fitrah, kerana ia adalah satu yang diinginkan oleh semua manusia.
"Apa yang penting, ia hendaklah dilakukan dengan ikhlas dan menyerahkannya kepada Allah. Kita berharap apabila diberi hidayah terus mencari jalan bagaimana dapat beristiqamah dalam mengamalkan Islam," tegasnya.
Mengulas lanjut, Iwan berharap, artis kembali kepada Islam bukanlah menjadi sekadar "trend" sahaja, ini kerana "trend" ialah apabila ada orang nak dakwah, semua nak dakwah, tutup aurat juga begitu tetapi ia hanya sementara dan akhirnya kembali seperti asal semula.
Iwan yang memukau dengan lagu irama dangdutnya pada era 80an dan 90an berkata, artis yang mahu berubah mestilah mengikhlaskan hati dengan semua yang dilakukan kerana Allah dan bukan untuk mencari publisiti semata-mata.
Apabila ditanya apa sebenarnya peranan lagu berbentuk Islam kepada masyarakat, beliau berkata, ianya dapat memberi suasana yang lebih Islam dengan lirik yang mengajak masyarakat mengingati Allah.
"Bila kita ada suasana lagu agama sekurang-kurangnya dapat mengingat kita kepada Allah, jika ada yang terlupa.Dengan lagu itu juga, kita terus ingatkan lagi mereka kepada Allah dan akhirnya mungkin dapat memberi kesedaran kepada pendengar," jelasnya yang kini terkenal dengan lagu "Semuanya Milik Allah" daripada album nasyid terbaharunya.
Melalui pengalamannya, beliau berkata, apa yang berlaku adalah takdir Allah yang masih menyayangi dirinya kerana perubahan daripada tidak baik kepada baik menyebabkan beliau merasa begitu bersyukur kepada yang Allah Yang Maha Esa.
Tuesday, February 15, 2011
Sunday, March 21, 2010
Lagu Fikir: Duit
Lagu duit ini seumpama membawa mesej yang sinonim dengan situasi saya sekarang ini, dihambat kegelisahan kerana kesempitan duit yang membantutkan segala aktiviti.
"Duit-duit, di mana kau duit. Duit-duit, hutangku berbukit..." begitulah jeritan minda saya kepada seluruh alam.
Hampir seminggu saya ber'uzlah', menyendiri di rumah demi menjinakkan masalah duit ini yang berkecamuk di dalam fikiran.
Jika tiada keterlibatan saya di dalam apa-apa program yang diatur sebelum ini, harap dapat di maafkan.
Kepada yang faham tentang masalah pembelenggu jiwa dan akal ini, fahamlah...kepada yang tidak, tak mengapa.
Dengarkan lagu ini untuk sama-sama memikirkan betapa duit di zaman ini menjadi penentu kepada hala tuju kehidupan kita. Cuma kita perlu membeabaskan diri daripada menjadi hamba duit. Insya-Allah.
Friday, February 26, 2010
Selamat menyambut Maulidur Rasul 2010
Selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua umat Islam diseluruh dunia. Cuti hari ini seeloknya kita penuhi dengan bermuhasabah diri dan memperindahkan lagi kecintaan kita terhadap Nabi Muhammad SAW. Marilah bersama-sama kita menambahkan ilmu tentang sunnah dan ajaran Nabi Muhammad dengan mengunjungi toko-toko buku dan membeli buku-buku mengenai Rasul junjungan kita.
Menambah ilmu dan kecintaan kita kepada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW. Segala ajaran, bimbingan dan suruhannya kita amalkan dan larangannya kita tinggalkan. Insya Allah.
Sunday, February 21, 2010
Filem 'Ketika Cinta Bertasbih' dikupas daripada novel Islami

'Ketika Cinta Bertasbih'
'Ketika Cinta Bertasbih 2'
Puisi Ketika Cinta Bertasbih
Saya telah menonton kedua-dua filem ini yang diangkat daripada Novel Islami karangan Habiburrahman El Shirazy dan begitu menyarankan buat tontonan anda yang gemarkan kisah cinta berlandaskan adab-adab Islam.
Sehebat filem 'Ayat-ayat Cinta' yang juga daripada karya agung beliau.
Keluhan Dr Abu Hassan Hasbullah: Filem Islamik dipinggirkan di Malaysia?

1. Adakah benar rungutan dan tohmahan bahawa apa sahaja yang berhubungan dengan Islam seperti seni, sastera, budaya termasuk filem mendapat kesusahan yang teramat sangat untuk mendapat ruang di negara ini lantaran hujah-hujah yang mengaitkan "...apa sahaja yang Islami itu maka ia adalah gerakan tersurat dan tersirat menyokong PAS"?
2. Pandangan dan pertanyaan ini diterbitkan setelah dikhabarkan sekian banyak pertanyaan juga tentang filem Ketika Cinta Bertasbih (Chaerul Umam, 2009) dari teks Habiburrahman er-Shirazi dikatakan tidak beroleh izin tayang atas alasan kandungan Islami sebagai naskahnya.
Jika ya atau benar keadaan ini terjadi, maka ia kemalangan yang amat besar buat umat Islam di negara ini khususnya dalam asa untuk memajukan pemikiran, filsafat, dan pengetahuan Islam secara konstruktif.
Seni, sastera, budaya dan media Islami adalah prakarsa terbaik dalam mengadilulung peradaban bangsa agar segala kepunahan sekarang yang terjadi, dengan segala macam tunasosial dan tunamoral di kalangan ahli masyarakat, setidaknya dapat dipulihkan dengan kemujaraban Islam sebagai ad-deen.
3. Sebab itu ramai yang bertanya, betulkah semua drama di RTM dan TV3, termasuk di media lain sama sekali tidak boleh memakai KUPIAH, SERBAN, atau JUBAH..? yang dibenarkan cuma songkok dan baju Melayu sahaja?
Apakah masyarakat di Malaysia yang memakai kupiah atau serban semuanya PAS?
Sesiapa yang mempunyai data tentang hal ehwal ini sila berikan di sini atau terus ke FB Zentrum kerana rasanya perlu ada satu gerakan untuk menyelesaikan krisis tamadun ini.
4. Saya dikhabarkan sendiri oleh Akhi Habiburrahman er-Shirazi, pengarang Ketika Cinta Bertasbih, selaku pendokong malah turut berlakon dalam filem KETIKA CINTA BERTASBIH yang permohonan untuk tayangan telah dibuat secara serentak dengan jadual di Indonesia, Brunei, Australia, Thailand, termasuk beberapa negara di Eropah, dan satu sahaja yang tidak mendapat izin iaitu Malaysia.
Wah apakah yang sebenarnya telah terjadi?
Adakah juga nanti semua imej atau visual, atau "shot" masjid juga akan diharamkan secara surat arahan sekira drama atau filem tempatan mahu mendapat izin tayang di TV atau Pawagam?
Rakyat berhak untuk mendapat penjelasan kerana kenapa semua bising bila Pulau Pinang membatalkan perarakan maulud, dan kenapa pula semua tidak bising bila "kupiah", "serban", dan lain-lain imej Islami tidak dibenarkan dalam drama-drama TV dan filem kita?
Friday, January 1, 2010
Muzik Fikir: Keliru
Sebuah lagu yang patut dihayati oleh anak bangsa yang semakin keliru dan dikelirukan tentang identiti sebenar mereka. Dalam mencari identiti yang sebenar, segala-galanya perlu dikembalikan kepadaNya.
Saturday, November 21, 2009
Lagu musim hujan
Mesti ada yang tersengih bila dengar lagu ni. Tajuknya pun dah sesuai musim-musim hujan ni.
Takkan dengar lagunya je yob. Tak nak ikut apa kata liriknya ke?
Sunday, November 8, 2009
Perkahwinan Akhil-Waheeda: Kejutan buat sang pengantin
GOPENG 7 NOV Satu kejutan buat pasangan pengantin terutamanya Waheeda apabila pengacara majlis meminta Ustaz Akhil Hayy menyanyikan lagu buat isteri tercinta bersama anak-anak tersayang.Acara ini merupakan penutup kepada majlis meriah ini sebelum sesi bergambar bersama keluarga dan peminat dilangsungkan.


















Hanya inilah hadiah perkahwinan daripada saya buat Ustaz Akhil Hayy dan juga Waheeda dengan harapan semoga berkekalan ke akhir hayat.
SELAMAT PENGANTIN BARU - AKHIL HAYY DAN WAHEEDA
Perkahwinan Akhil-Waheeda: Pulut kuning pelengkap majlis
GOPENG 7 NOV Pulut kuning tiga tingkat yang disediakan khas oleh ahli keluarga Akhil sebagai pelengkap kepada majlis perkahwinan yang disambut meriah ini.

















Perkahwinan Akhil-Waheeda: Ucapan terima kasih daripada Raja Sehari
GOPENG 7 NOV Di atas permintaan ahli keluarga, pasangan pengantin Akhil Hayy dan Waheeda memberikan sedikit ucapan kepada sanak saudara dan tetamu yang hadir.Tidak lupa juga kepada banyak pihak yang telah bertungkus lumus berusaha untuk menjayakan majlis yang meriah hari ini.










