Sunday, April 1, 2012

Temasya Sukan Pasti Kawasan Gopeng 2012: Permulaan


IPOH (1.4.12): Temasya Sukan Pasti Kawasan Gopeng bagi tahun ini telah diadakan di Padang Taman Pinji Perdana, Ipoh pagi tadi. Empat Pasti (Pusat Asuhan Tunas Islam) yang mengambil bahagian adalah Pasti Ammar (Pengkalan Pegoh - tuan rumah), Pasti Pintar (Simpang Pulai), Pasti Al-Ehsan (Rapat Setia) dan Pasti Sinaran Wahyu (Gopeng). 

Kehadiran ibu-bapa untuk melihat telatah anak-anak mereka bersukan begitu memberangsangkan sekali. Cuaca yang baik, walaupun panas terik tetap tidak melunturkan semangat anak-anak Pasti untuk bersukan.

Terdapat sedikit kelainan bagi temasya sukan pada kali ini apabila pertandingan mewarna turut diadakan serentak bagi memeriahkan lagi suasana serta menarik penyertaan daripada kanak-kanak yang tidak terlibat dengan sukan yang dijalankan. Begitu juga dengan peraduan teka kacang yang diselitkan bersama.

Hadiah serta piala yang menjadi rebutan
Para pelajar Pasti sedang menunggu untuk bersukan

Pendaftaran untuk peraduan mewarna
Galakan daripada ibubapa untuk anak-anak menyertai peraduan mewarna amatlah penting

Hari ini juga dapat mengeratkan ikatan keluarga

Peraduan Teka Kacang yang mendapat sambutan

Di khemah, ibu bapa telah sedia menunggu bermulanya acara sukan

Ramai yang meluangkan masa untuk bersama-sama keluarga hari ini

Kanak-kanak yang menyertai peraduan mewarna



Para peniaga juga turut memeriahkan suasana temasya

Sarapan diberi sebelum memulakan acara bersukan

Setiap Pasti punya menu tersendiri

Sdr Kamarul Afendey sebagai pengacara majlis

Bacaan doa 

Ucapan oleh YM Raja Yusof 

Bersedia untuk memulakan perbarisan

Perbarisan dimulakan dengan Pasti Ammar

Pasti Al-Ehsan

Pasti Pintar 

Pasti Sinaran Wahyu

Perbarisan oleh anak-anak Pasti






Balik semula ke khemah sebelum bermulanya acara
Ini bukan 'Mr Potato' sebagai maskot temasya kali ini, Ini Sdr Zubairi yang membantu perlaksanaan temasya sukan  Pasti kali ini


No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...