Blogger Al-Husseyn saya ambil sebagai peneman dan saksi sebelum ke rumah ibu saya. Setiba di sana, dua orang utusan yang amat saya kenali, malah lebih tepat lagi, salah seorang yang menjadi jurucakap tadi adalah rakan bapa saya sekampung sedari kecil lagi. Dan kedudukannya di dalam masyarakat, amatlah berpengaruh sekali. Siapa dia? Biar kita gelarkannya hanya sebagai 'utusan' sahaja sepertimana pengakuannya sendiri. Dengan Al-Husseyn pun memang kenal rapat.
Selepas bersalaman dan bertegur sapa, saya tanyakan perihal kedatangannya itu. Menurutnya, beliau diutus oleh Hamidah Osman untuk berbincang dengan saya agar saya bersetuju untuk menarik kembali tulisan di blog saya mengenai siasatan SPRM terhadap Hamidah. Tulisan tersebut boleh dirujuk [DISINI]. Menurutnya lagi, Hamidah amat terganggu dengan tulisan pendedahan tersebut. Tidak betulkah apa yang tertulis di situ?, tanya saya. Jawapnya, betul atau tidak, beliau hanya datang untuk menyampaikan pesanan Hamidah. Dan sambungnya lagi, jika saya tidak memadamkan entry tersebut daripada blog dan memohon maaf kepada Hamidah, tindakan selanjutnya akan di ambil.
Saya mengingatkan beliau akan seriusnya ugutan awalnya tadi untuk menghantar polis menangkap saya dan saya tidak akan memadam apa yang telah tertulis di blog kerana ianya adalah daripada maklumat yang diperolehi.
Selepas berbual panjang lebar dengan bapa saya dan Al-Husseyn, akhirnya beliau meminta diri dan katanya akan kemukakan keputusan saya itu kepada Hamidah. Saya juga sempat berpesan kepada 'utusan' tadi untuk disampaikan kepada Hamidah mengenai blog mereka, Sg Rapat Online yang begitu biadap menggunakan perkataan-perkataan kesat dan kasar, carut-mencarut, memaki hamun dan suka mereka-reka cerita agar lebih berhemah sebagaimana bahasa dan budaya orang-orang Melayu sejati.
LAPORAN POLIS
Selepas merujuk kepada rakan-rakan dan peguam, satu laporan polis terhadap apa yang berlaku pagi tadi itu telah dibuat untuk melindungi diri saya dan keluarga daripada apa-apa ancaman dan tindakan oleh mana-mana pihak. Satu Repot Am dikeluarkan dan saya dinasihati agar terus menghubungi balai polis jika ada apa-apa yang berlaku selepas ini.
Penulis sedang membuat laporan di Balai Polis Kg Rapat |
Rakan-rakan yang menemani saya untuk membuat laporan |
1 comment:
buat saudara ajijoi...sila jangan gentar...kezaliman harus ditentang hingga ke akar umbi...sangkar besi takkan mammpu mnegubah saekor rajawali menjadi nuri
Post a Comment